Sabtu, Januari 19, 2013

KERJA SEKALI, PENDAPATAN SAMPAI BILA-BILA!

Assalamualaikum..
Terkejut tak baca tajuk entri CA tu? Jangan terkejut, inilah tajuk artikel tulisan Dr Irfan Khairi, seorang penulis buku-buku terlaris di pasaran dan speaker dalam bidang membina kekayaan dan kejayaan. Tadi tengah dok belek-belek buku lama, terjumpalah artikel ni. Jadi CA nak kongsi dengan rakan2 pembaca sekelian.
Pasti menarik bukan kalau kita hanya buat kerja sekali jer, tetapi pendapatannya sampai bila2. Tapi bagaimana caranya? Dr Irfan Khairi berkongsi tips bagaimana ini boleh dilakukan. Rahsianya ialah residual income atau passive income - senjata untuk menjadi jutawan. Antara langkah-langkahnya adalah seperti di bawah;
  • Sekiranya anda pandai menyanyi, anda boleh membuat album. Para artis atau penyanyi akan selalu mendapat residual income. Walaupun album sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini mereka masih menerima royalti daripada jualan setiap album yang lepas2. Kerja merakam album hanya sekali tetapi pulangan boleh mencapai ribuan ringgit. Tapi kalau tak pandai menyanyi, camne lak?
  • Kalau tak pandai menyanyi, anda boleh menulis buku. Penulis buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku. Mungkin ia mengambil masa 2-3 bulan menulis buku, tetapi pendapatan daripada royalti setiap buku akan diterima terus oleh penulis. Tapi kalau tak pandai menulis, camne lak?
  • Anda boleh terlibat dalam bidang hartanah atau real estate. Dalam kata lain, beli rumah dan dapatkan penyewa pada bayaran lebih daripada bayaran bulanan kepada bank. Dengan menyewakan rumah, kedai atau pejabat, anda hanya kerja sekali tetapi pendapatan akan masuk selagi ada penyewa. Tapi kalau tak der modal, camne lak?
  • Idea juga boleh menjadi residual income. Tidak perlu modal. Pernah anda menggunakan post-it, melihat gambar Mickey Mouse atau Hello Kitty? Ini semua adalah idea yang dipatenkan. Setiap kali idea tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan. Tapi kalau tak pandai nak cipta benda2 baru ni, camne lak?
  • Anda boleh memulakan perniagaan kecil dan mengupah pengurus untuk menguruskan perniagaan tersebut. Percayalah, 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan dan ia satu kaedah menjana pendapatan yang baik. Tapi kalau tak pandai nak berniaga, camne lak?

suksess

Haa..kalau semua benda tu tidak mampu kita lakukan, kita tak payahlah berkhayal untuk mendapatkan residual income ni. Kalau nak berkhayal jadi jutawan pun, jauh sekalilah. Orang lain buat duit, kita buat alasan..

Dan kalau nak berkhayal pun tak boleh, jawapannya ada dalam al-Quran. Maka banyak-banyaklah membaca dan mencari ilmu. Apabila ada ilmu, yang tidak boleh pasti kita bolehkan juga.

8 comments :

  1. Dimana ada usaha...disitu ada jalan..eh betul ke peribahasa ni...he.he.

    BalasPadam
  2. info berguna ni CA, betul2...hm...terasa cam nak jadi penyanyi lak..walopon suaraku sumbang hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh gak jd pnyanyi krole..
      tp bl wt album kena bl sendiri la..hehe

      Padam
  3. sy masih mencari apa yang boleh di lakukan untuk mencapai tahap itu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom kita tingkatkn thp hidup kite ni..
      berenti cari alasan..
      Insya Allah, kita akn berjaya

      Padam
  4. saya pon tengah mncari jalan untuk residual income ni..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. chekgu sndiri pon dok tgh cari jln ni..
      jupe jln sehala jer.

      Padam