Assalamualaikum..
Penantian
mengenai identiti sebenar mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di
Pelabuhan Klang petang Khamis lalu, akhirnya terjawab sudah. Segala igauan
buruk dan kebimbangan bahawa mayat itu berkemungkinan adik William Yau Zhen
Zhong menjadi kenyataan. Ini berdasarkan kepada laporan awal DNA yang
dijalankan oleh pihak forensik.
Mayat
adik William Yau telah pun selamat dibakar petang Isnin sekaligus mengakhiri
minggu yang cukup sukar buat kedua ibu bapa dan sanak-saudara William. Namun
pada ketika kaum keluarga Yau masih bersedih dan dalam keadaan terkejut dengan
kematian William, kita dikejutkan dengan dakwaan sesetengah laporan pihak media
kononnya mendiang William Yau didera oleh bapanya semasa hidup.
Dakwaan
tersebut cukup merungsingkan bukan sahaja kepada ibu bapa William bahkan juga
rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apakah mungkin dakwaan itu berasas?
Kematian
William ini wajar menjadi iktibar kepada semua ibu bapa agar tidak leka
dalam memantau pergerakan anak-anak mereka. Dalam tragedi melibatkan William Yau,
satu kesilapan besar yang dilakukan ibubapa mereka ialah membiarkan ketiga-tiga
anaknya di dalam kereta manakala mereka pergi ke sebuah kedai elektrik
berhampiran.
Malang
tidak berbau, kelekaan dalam sekelip mata berakhir dengan tragedi. Kita
harapkan tragedi yang menimpa adik William Yau tidak akan menimpa kepada
kanak-kanak lain. Pada masa sama, golongan ibubapa perlu meningkatkan kesedaran
dan kesiapsiagaan mereka sepanjang masa. Jangan biarkan kesiapsiagaan ini
datang secara bermusim.
Pastikan
adik William Yau, Nurin Jazlin dan kehilangan Tee Song Shen tidak mati secara
sia-sia. Sudah sampai masanya kita berbuat sesuatu sebelum terlambat!