Sabtu, Januari 05, 2013

TIPS UNTUK SENTIASA CANTIK

Assalamualaikum..
"I never think of myself as an icon. What is in other people's minds is not in my mind. I just do my thing" (Audrey Hepburn)

beautiful audrey hepburn
Anda semua kenal tak dengan pelakon Audrey Hepburn? Kalau tak kenal biar CA kenalkan. Audrey Hepburn ialah pelakon wanita Amerika Syarikat pada zaman 50-70an dulu (lebih kurang zaman P.Ramlee dulu la). Beliau bukan sahaja popular tetapi memiliki kecantikan yang sangat menawan. Kerana begitu jelita, beliau sering ditanya tentang rahsia kecantikkannya.

Pelakon jelita ini meninggal dunia tahun 1992 pada usia 62 tahun dan beliau sempat mencipta sebuah puisi untuk berkongsi rahsia kecantikannya. Pada hari pengebumiannya, puisi tersebut dibaca semula. Antara bait-bait puisi tersebut ialah..
  • supaya bibirmu kelihatan menawan, tuturkanlah kata-kata yang baik.
  • supaya matamu cantik bersinar, lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain.
  • supaya bentuk badanmu langsing, kongsilah makananmu dengan mereka yang lapar.
  • supaya rambutmu lembut mengurai, biarkan anakmu membelainya sekali setiap hari.
  • supaya dirimu sentiasa berkeyakinan, hiduplah dengan ilmu dan engkau tidak akan keseorangan.
  • manusia perlu diperbaiki, diperbaharui, dipulih, ditebus dan diselamatkan; jangan meminggirkan sesiapa.
  • ingat; jika engkau memerlukan bantuan, engkau akan menemuinya di hujung kedua-dua tanganmu.
  • apabila engkau meningkat tua, engkau akan dapati yang engkau mempunyai dua tangan, satu untuk membantu dirimu, satu lagi untuk membantu orang lain.
  • Nothing is impossible, the word itself says 'I'm possible'! (maaf yang ni tak yah translate yer..supaya mudah faham)
beautiful audrey hepburn
"The beauty of a woman must be seen from in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love resides"

Anda juga boleh mendapatkan tips yang lain di sini