Assalamualaikum..
Sepasukan tentera berlatih menembak di lapang sasar. Malangnya seorang daripada mereka itu teruk betul bidikannya. Sepuluh tembakan dibuat, tapi tiada satu pun yang kena sasaran.
"Argghhh! Apa nak jadi dengan awak ni, hah?" sergah kaptennya.
"Maaf tuan! Tersasar tuan!!!" jawab tentera itu tergigil-gigil.
Si kapten angkat jari telunjuk dan memberi amaran keras;
"Saya akan dekatkan sikit sasaran ke jarak lima meter tapi kalau tak kena jugak, siap!!!!"
"Saya akan dekatkan sikit sasaran ke jarak lima meter tapi kalau tak kena jugak, siap!!!!"
Tapi sedih, sama juga keputusannya. Sebutir pun tak kena. Tergigil-gigil anggota tentera itu menghadap kaptennya.
"Maaf tuan! Tersasar lagi tuan!!!!"
Kapten yang tengah angin satu badan pun apa lagi, memekik
"Engkau ni memang @#$%^&*. Kalau macam ni baik engkau pergi belakang berek, tembak kepala sendiri. Pergi sekarang jugakkk!!'
"Engkau ni memang @#$%^&*. Kalau macam ni baik engkau pergi belakang berek, tembak kepala sendiri. Pergi sekarang jugakkk!!'
Kerana patuh dengan arahan, anggota tentera yang lurus bendul itu pun pergi ke belakang berek. Beberapa saat kemudian terdengarlah bunyi tembakan dilepaskan. DAM! DAM! Ketika si kapten dan anggota-anggotanya panik dengan apa yang berlaku, si tentera yang disangka mati itu tiba-tiba keluar dari belakang berek dan berlari ke arah kaptennya. "Maaf tuan! Tersasar lagi!"
Moral cerita:
Kita hendaklah sentiasa berhati2 dalam memberi arahan atau nasihat kepada sesiapa pun dan berfikirlah dengan bijak sebelum mengambil apa2 juga tindakan.
Credit to Majalah Mastika