Assalamualaikum..
Apa
khabar pelajar semua? Mesti awal2 tahun camni, semua tengah dok bersantai2 dan
fikiran pun masih bebas di awangan. Homework masih belum banyak dan ujian2 pun
masih belum bermula lagi. Silap2 haribulan, latihan sukan pun masih belum ada
lagi. Best kan camni..
Tapi
awas semua, jangan berlalu rileks. Ini bukan masa untuk bersantai dan rileks
memanjang. Inilah masa untuk mengorak langkah dan memulakan strategi. Inilah
masa untuk memecut..
Kita
semua harus mengambil iktibar dari cerita kura-kura yang memenangi pertandingan
lumba lari dengan arnab. Kura-kura sangat istiqamah untuk menang dan dia
mengorak langkah yang lebih awal sedangkan arnab hanyut dibuai angan2.
Apakah
persiapan yang mesti dilakukan? Jom lihat tips2 di bawah.
Betulkan niat
"Setiap
amal bermula dngan niat. Setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kawan baru
Berkawanlah dengan orang yang baik-baik
dan carilah kawan2 baru yang setia. Ingat nama mereka dan selidikilah latar
belakang mereka.
Jaga nama baik sekolah
Di mana bumi dipijak, di situlah
langit dijunjung. Tanamkan rasa bangga dan pertahankanlah sekolah anda kerana
ia melindungi anda selama 7 jam sehari.
Sayangi guru
Jangan berburuk sangka dengan guru
dan ucapkanlah terima kasih untuk ajaran mereka. Minta maaf jika ada membuat
kesalahan kepada mereka.
Suka semua subjek
Semua subjek adalah penting, jadi
fahami semua sekali. Jika ada yang tidak faham, segeralah bertanya kepada guru
atau rakan.
Hadir semua aktiviti sekolah
Semua aktiviti seperti perhimpunan
mingguan, mesyuarat persatuan dan sambutan perayaan adalah penting. Jadi hadiri
semua aktiviti tersebut.
Cergas dalam kokurikulum
Pilih sekurang-kurangnya satu
aktiviti yang anda sukai kerana anda perlu kekal cergas dalam aktiviti
kokurikulum. Merit juga diberi berdasarkan penglibatan anda dalam aktiviti
tersebut.
Mengurus beg sekolah
Beg sekolah anda umpama senjata bagi
askar yang akan bertempur. Jadi isi beg anda dengan keperluan persekolahan anda
sahaja.
Membina imej diri
Bawalah penampilan diri yang kemas,
proaktif dan bersopan sama ada dari segi fizikal, pakaian dan akhlak.
Siap siaga dalam kelas
Anda mesti bersedia 10 minit sebelum
kelas bermula. Amalkan sikap bersungguh-sungguh, cergas dan aktif ketika
belajar.
Ulang kaji
Ulangkaji setiap tajuk2 yang lepas
apabila ada masa terluang di dalam kelas. Anda akan mempunyai banyak masa di
rumah untuk belajar topik2 yang baru.
Jaga pemakanan
Elakkan mengambil makanan ringan
yang tidak berzat, sentiasa bersarapan apabila ke sekolah dan minumlah air
kosong@mineral dengan banyak.
Jangan terlibat dengan keganasan
Jauhkan diri dengan keganasan seperti;
§
Tahap
awal - menconteng dan menyalahguna kemudahan awam
§
Tahap
pertengahan - merokok, ponteng dan
melawan guru
§
Tahap
kronik - gengterisme, buli, seks dan menghisap dadah
Dengan
melakukan persiapan seperti di atas,
anda akan mampu menggarap ilmu dengan
lebih selesa, mudah dan cepat. Ini pastinya akan menjadikan anda lebih berjaya
berbanding tahun-tahun yang lepas..
Cubalah..