Alhamdulillah..dah hampir dua minggu bermulanya persekolahan. CA pun masih teruja dengan sessi persekolahan kali ni. Tahun ini memang mencabar bagi CA kerana tahun ni CA kena mengajar kelas tingkatan 1 dengan banyak sekali. Dah lama sangat tak mengajar tingkatan satu ni, kalau mengajar dulu pun hanya 1 kelas jer. Tapi tahun ni..amekkau..hehe.
Awal tahun ini juga sekolah CA menerima pengetua baru. Selama 4 tahun mengajar kat sini, sudah 3 orang pengetua CA bekerja. Dorang asyik datang dan pergi. Cuma CA jer yang belum dapat tukar2 ni. Bila saya dapat tukar ni boss..?
Bila dapat boss baru ni, macam-macam lah perpepsi yang timbul di kalangan guru. Baik ke? garang ke? atau tegas ke?
"Mati lah kita nanti dapat pengetua ni." kata seorang kawan CA."Kenapa lak? Aku tengok ok jer dia tu." balas CA.
"Ada kawan aku cakap pengetua ni skema..tegas semacam. Ikut peraturan straight..xleh nak lekok2. Dulu kawan aku satu sekolah dengan dia." Terang kawan CA.
"Kawan kau tu mati hidup semula ke?" tanya CA.
"Apa maksud kau?" tanya kawan CA balik.
"Iye la..tadi kau kata mati kita kalau dapat pengetua tu. Kawan kau mesti dulu dah mati bila dapat pengetua ni. Skang dia dah hidup semula ke? Tanya CA selamba.
Mungkin kerana baru faham dengan maksud tersirat CA tadi, kawan CA pun gelak bagai nak rak.