Khamis, Januari 24, 2013

PADA BATU PADA PASIR PADA AIR


Assalamualaikum..

ADA 3 KATEGORI MANUSIA DIDUNIA INI

PERTAMA
Yang sifatnya umpama huruf2 dipahat pada batuan keras. Mereka mudah marah, suka menghambur kemarahan dan kemudian menyimpan perasaan marah itu berserta dendam kesumat dalam tempoh waktu yang panjang.

KEDUA
Yang sifatnya seperti huruf2 pada hamparan pasir. Mereka mudah marah, tetapi hanya sebentar sahaja, kemudian melupakannya.

KETIGA
Yang sifatnya seperti huruf2 ditulis pada air yang mengalir. Mereka tidak menyimpan sebarang perasaan buruk dan tidak mengendahkan kata-kata mahupun khabar angin yang negatif. Fikiran manusia kategori ini sentiasa bersih, tulen dan tidak mampu diganggu-gugat oleh sesiapa, dan apa pun jua.

JADI DI KATEGORI MANAKAH KITA INI?