Jumaat, Januari 18, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA


Assalamualaikum..
Musim perkahwinan dah sampai! Kompang juga dah mula nak kedengaran .  2, 3 menjak ni banyak betul CA dapat kad jemputan kahwin. Cuti Maulidur Rasul dah ada orang kahwin. Cuti Tahun Baru Cina yang lambat lagi tu pun dah ada jemputan kahwinnya. Jadi tak der peluang lah CA nak masukkan tarikh CA ni. Kena tunggu 2,3 tahun lagi la..huhu
Wedding

Tahniah kepada kawan2 yang akan melangsungkan perkahwinan terutamanya kepada Aliah Amirah yang akan berkahwin pada 25hb ini. Semoga kekal dan setia hingga ke hujung nyawa. Kepada kawan2 yang jauh, walaupun CA tak dapat datang, Insya Allah, CA akan sentiasa doakan kelancaran dan kesempurnaan majlis korang. Hadiah pun CA akan hantarkan sekali (kalau 2,3 kali pokailah CA..hehe)

Undangan ke majlis perkahwinan ini sebenarnya termasuk dalam lingkungan ibadah dan sunnah Rasulullah. Kita yang pergi ke majlis perkahwinan ini tetap akan mendapat ganjaran pahalanya walaupun bukan kita yang berkahwin.  Kalau kita yang berkahwin, lagi2lah pahalanya. (Bila nak kahwin ni???)

Ya..perkahwinan adalah satu ibadat yang sangat besar kedudukannya di sisi Allah. Akad nikah itu bukan sahaja mengikat pasangan sepanjang hidup di dunia, tetapi ia mengikat mereka sehinggalah di akhirat kelak.

Menurut Iman al-Bulqini, "Nikah disyariatkan sejak zaman Nabi Adam dan berterusan hingga ke saat ini, bahkan ia akan berterusan hingga ke syurga. Tiada akad dan hukum lain yang menyerupai pernikahan selain daripada iman."

Namun, jika akad nikah itu tidak diniatkan sebagai ibadah, maka terlepaslah peluang meraih pahala daripada Allah. Lalu majlis tersebut menjadi sekadar jamuan adat biasa sahaja.
Wedding
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair

Kepada semua pembaca dan rakan yang akan melangsungkan perkahwinan "Selamat pengantin baru yer. Semoga setia ke hujung nyawa." Ehhh..jangan lupa doakan CA cepat kahwin yer..hehe..tak malu aku ni..huhu..

1 comments :

  1. Selamat pengantin baru untuk mereka jugak.... Semoga mereka kekal bukan setakat hujung nyawa...tapi hingga ke syurga!

    BalasPadam