Isnin, September 17, 2012

DIA YANG MENGUJI KESABARAN

Assalamualaikum..

pelajar sekolah menengah

"Cikgu, nak wat ape dengan kertas ni?" tanya seorang pelajar sebaik sahaja CA selesai mengedarkan kertas.
" Awak pegang kertas tu dan kemudian tenung kertas tu sampai tembus." jawab CA selamba.

Ini la situasi yang sering CA hadapi dengan pelajar CA. Sesetelah diberitahu berkali2, mereka masih tetap akan bertanya hanya sekadar untuk melihat reaksi CA. Kalu ari pertama setiap minggu, CA akan bagi jawapan yang kaw2 punya. Maklum la CA baru jer sampai sekolah setelah 2 jam memandu..penat la konon.

"Mana kerja sekolah yang saya suruh siapkan minggu lepas?" tanya CA kepada seorang pelajar.
"Cikgu, kerja sekolah dia kena makan dengan lembu dia la cikgu" balas pelajar lain.
"Aikk..awak ni PMR pun belum lepas, bila mase pulak awak jadi kuli dia? tanya CA balik.

"Siapa2 yang ibubapa dia dah meninggal, nanti jangan lupa bawak surat mati yer. Kalu tak der surat tu, tak dapat lak bantuan" beritahu CA kepada pelajar.
"Tapi mak saya tak der pun cikgu surat tu." beritahu seorang pelajar.
"Memang la tak ada, ayah awak kan hidup lagi." teka CA.
"Memang la cikgu."jawabnye poyo.

Kalau ikut rasa marah, memang kena luku budak tu dengan CA tapi CA kena cerdik dengan dorang. Kadang-kala dorang saje jer provoke CA untuk menguji kesabaran dan kebijaksanaan CA dalam menguruskan mereka.


"Cikgu, nak gi tandas" minta seorang pelajar lelaki dengan CA.
"Ok..ingat, 5 minit jer. Kalu lambat, jalan itik ke tempat awak " jawab CA sambil memberi amaran. CA tau kadang-kadang dorang ke tandas bukan tuk ape pun, hanya nak basuh muke dan baiki rambut.
"Cikgu, saya pergi 2 orang yer" mintanya lagi.
"Siapa yang nak jadi tukang basuh? Awak ke dia? tanya CA semula. Kalu pelajar perempuan boleh la CA bagi keluar berdua tapi kalu lelaki jangan harap..
"Dah..pegi sorang jer. Tak payah bawak tukang basuh awak tu." arah CA.

Kadang-kadang dorang cakap jer nak ke tandas tapi sebenarnya dorang melencong ke tempat lain. Dapat pusing satu bangunan sekolah, dorang masuk semula ke kelas..nak hilangkan stress belajar konon. 

Pelajar zaman sekarang memang banyak kerenah berbanding dengan zaman CA dulu2. Dulu nak keluar kelas tanpa sebab memang tak berani. Takut terserempak dengan cikgu disiplin. Cikgu tu jeling jer CA gigil kepala lutut, inikan kalu kena panggil dengan dia. Tapi CA budak baik dulu..skema sesangat..maklum la pengawas sekolah..hehe

Pelajar sekarang dah lain. Ilmu untuk mengajar dorang pun dah tak boleh guna macam ilmu yang digunakan oleh guru-guru kita dulu. Kena ubahsuai dan cari kaedah yang baru. CA selalu beritahu diri CA yang CA kena lebih panjang akal dari dorang. Kalu tak, CA akan kena makan dengan dorang.

Mereka memang banyak kerenah..sangat menguji kesabaran tetapi mereka juga lah pemanis dalam kehidupan..

Terima kasih wahai pelajar ku..

2 comments :

  1. "pegang kertas dan tenung kertas sampai tembus" . HAHA . memang tak la kan tapi nice answer . boleh pulak dorang tanya kan . hehe ^.^

    BalasPadam
  2. hehe..cube la..kdg2 leh tembus gak kertas..ade yg siap tbakar lg..hehe

    BalasPadam