Sabtu, November 03, 2012

100 SENARAI KESYUKURAN

Assalamualaikum..

Tiada siapa yang malang dan rugi di dunia ini kerana rahmat tuhan sebenarnya memberi kita kekayaan pada setiap masa - Robert Quillen

Kehidupan ini sangat mencabar dan menduga. Ia umpama roda yang sering berputar-putar. Kadang-kala kita akan berada di atas dan selalunya kita berada di bawah. Semua orang akan mengalami pusingan tersebut termasuk CA. CA pernah mengalami kesukaran dalam hidup yang menyebabkan CA hampir berputus asa dan menyerah kalah.

CA kembali kepada Allah. Mendekatkan diri kepada-Nya(sebenarnya Dia tak pernah pergi jauh dari CA. CA yang selalu meninggalkanNya). CA juga membaca buku motivasi yang mengajak CA bersyukur dengan setiap anugerah Allah. 

CA membaca sebuah buku yang meminta CA menulis senarai seratus rahmat tuhan kepada CA. Pada mulanya CA berasa tidak mampu untuk melakukannya memandangkan CA sedang bersedih. Tetapi CA cuba juga menulis beberapa perkara yang CA sayangi secara rawak. Apa yang berlaku selepas itu? Senarai CA seakan panjang berjela-jela dan kesedihan yang CA alami beransur-ansur hilang..diganti dengan senyuman. Masa tu CA berfikir, kalau dia nak senarai seribu rahmat tuhan pun CA boleh lakukan..hehe..berlagak la pulak.

Alhamdulillah..Allah menunjukkan jalan kepada CA. Di saat CA merasa lemah, Dia memberikan CA kekuatan. Di saat CA berasa sangat sempit dan sukar, Dia yang membuka seluas-luas jalan kepada CA. Tanpa-Nya, CA tidak akan terdaya melakukan apa2.. Dialah pemilik segala aku.. Ketika CA membaca senarai tu, CA percaya bila-bila masa sahaja CA mampu menambahnya menjadi lebih panjang.

bersyukur dengan rahmat allah
Apa yang patut kita lakukan apabila kesukaran menerjah hidup kita?..Kembali lah kepada-Nya. Dia sentiasa ada untuk kita..dan percaya lah, hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan..

Bagi yang tengah bersedih tu, cuba lah cara ini.. Anda mungkin tidak akan terus berasa gembira tetapi ia dapat menghilangkan segala kesedihan yang anda alami.

" Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami adakan di muka bumi (sumber dan jalan) penghidupan. Dan sedikitlah kamu bersyukur." (Surah al-A'Araf 7:10)
bersyukur dengan rahmat Allah
Mari lah kita sentiasa berdoa agar kita dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit itu iaitu golongan ahli syukur..

2 comments :