Assalamualaikum..
Lama betul CA tak mengupdatedkan blog CA ni. Kesibukkan 2, 3 menjak ni memang mencuri masa. Malam ni CA cuba juga datang menjengok. Mata dah ngantuk dah ni tapi rasa cam nak mencurah perasaan jer..hehe..Tapi idea lak tak der. PMR dah lepas, demam bola dah lepas, raya pun dah lepas. Nak cite pasal ape yer..?
Hoorey..skang dah nak cuti sekolah dah. Lagi 1 minggu semua pelajar akan bercuti. Kepada yang nak periksa SPM tak leh nak bercuti lagi yer..kena berjuang lagi. Biasanya kalau cuti2 panjang camni CA tak pernah lekat kat umah. Ada saja aktiviti melancong yang akan CA buat. Kalu kat Malaysia rasanya dah habis tempat menarik yang CA pergi..pulau pun dah abis CA jelajah dan mulai tahun lepas juga CA dah mula ke luar negara.
Tapi tahun ni CA tak merancang nak ke mana2 pun..huhu.. Cuma rasa nak lepak dan masuk ke istana jer..hehe.. Sebenarnya CA dah berniat nak ke istana masa bulan ramadhan ari tu tapi tak sempat (masa tu Sultan Kelantan buat qiamullail dengan rakyat).
'Qiam with me' bersama rakyat di istana |
Sultan kelantan sekali lagi telah membuka pintu istananya di Kubang Kerian kepada semua warga rakyat semperna ekpo MAIK yang diadakan pada 1hb Nov hingga 6hb Dis nanti. Ekpo islamik tersebut mempunyai pelbagai program termasuklah pameran artifak bersejarah seperti pedang Rasulullah dan replika rumah baginda.
Allahuakbar..memang CA rasa sangat bangga dengan sultan CA ni. Pada pandangan CA, baginda ialah sultan yang istimewa dan berbeza jika dibandingkan dengan sultan2 lain. Nampak kesederhanaan dan keagamaan dalam diri baginda. Mungkin gambar2 di bawah dapat menjelaskan sedikit karekter baginda.
Yang mana satu sultan ni..? |
Jadi tukang sembelih raya haji ari tu.. |
Alhamdulillah..boleh jadi imam.. |
My Sultan |
Ya Allah, semoga Engkau memberikan Rahman dan Rahim-Mu kepada negeri Serendah Sekebun Bunga ini. Jadikanlah pemimpin kami pemimpin yang adil dan saksama yang memerintah mengikut ajaran-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa mensyukuri segala limpah kurniaan-Mu Ya Allah..
p/s : jom ramai-ramai pakat serbu istana mulai hari ni..dapat gak tambah ilmu dan melihat tempat tinggal sultan kita ni..