Jumaat, November 02, 2012

KESATRIA ISLAM YANG GAGAH BERANI

Assalamualaikum..

Hari ini CA nak kongsi satu buku menarik yang CA beli semasa melawat Indonesia dulu. Buku ini berbahasa Indonesia tapi dapat difahami dengan mudah oleh kita. Buku yang bertajuk '10 Pendekar Rasulullah : Kesatria Islam yang Gagah Berani' ini ditulis oleh Asyraf Muhammad al-Wahsy. 
asyraf muhammad al-wahsy


Banyak kisah menarik dari individu-individu yang luar biasa di dalam buku ini. Kerana kecintaan mereka kepada agama Allah dan Kekasih-Nya, mereka mendapat hadiah penghabisan yang paling baik dari Allah. Ia juga menceritakan tentang kebijaksaan sahabat2  dalam menyusun strategi peperangan sehingga keberanian mereka itu dapat menghancurkan barisan musuh.

Kesatria-kesatria Islam yang diceritakan dalam buku ini ialah;


  1. Khalid ibnul Walid -'Pedang Allah' yang tidak mampu dikalahkan 
  2. Amru ibnul Ash - Pemimpin yang bijaksana
  3. Al Miqdad bin Amru - Kesatria berkuda pertama Islam
  4. Abu Dujanah al Anshari
  5. Hudzaifah ibnul Yamaan - Kesatria yang sangat cerdas
  6. Al-'Ala' ibnul Hadrami - Sang penakluk laut
  7. Uqbah bin Nafi' - Penakluk Afrika
  8. Nu'man bin Muqarrin
  9. Ikrimah bin Abu Jahal
  10. Al-qa'qa bin Amru - Helang Qadisiyah

Mereka inilah antara individu-individu yang menegakkan agama Allah. Mereka menjadi saksi di bumi ini bagaimana untuk menjadi insan yang terbaik. Insya Allah, buku ini akan memberi inspirasi  kepada sesiapa yang membacanya. Semoga kita juga dapat menjadi salah seorang kesatria Allah di bumi ini.

"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya, Allah Maha Teliti tentang apa yang kamu kerjakan." (Al-Maa'idah:8)

CA: Nabi Muhammad itu sangat hebat dan kerana itu baginda dikelilingi oleh sahabat2 yang hebat. 

2 comments :

  1. kat Malaysia ade x? menarik? sudah baca sinopsis buku d google...teringin untk miliki

    BalasPadam
    Balasan
    1. cube cari kt pustaka mukmin..kt situ byk juga buku2 dr indonesia..

      Padam