Assalamualaikum..
Pernah dengar cerita pasal katak tak? Sebenarnya ada banyak cerita katak yang kita dengar terutama semasa kita kecil dahulu. Tetapi hari ini aku ada cerita katak yang terbaru (cerita lama sebenarnya cuma baru nak cerita jer..hehe). Cerita tentang seekor katak dengan sebaldi air.
Sebelum dengar cerita, kita buat eksperimen dulu yer. Mula-mula kita cari seekor katak yang cerdik dan happy. Camne nak tau katak tu cerdik dan happy? Katak itu ialah katak yang selalu buat bising semasa hujan dan dia tidak duduk bawah tempurung. Jumpa tak? Ok..kalau dah jumpa, ambil katak itu dan campakkan ke dalam baldi air panas (kejam?..huhu..tak per, demi sains). Apa yang berlaku? Katak tu mesti akan melompat keluar. Serta-merta katak itu akan sedar, "Panas giler air ni. Baik aku cabut!"
Tapi tak per..ambil katak itu semula dan masukkan ke dalam sebaldi air sejuk. Letakkan baldi itu ke atas dapur dan panaskan secara perlahan-lahan. Bagaimana keadaan katak itu? Katak tersebut akan berehat dengan selesa dan beberapa minit kemudian dia akan merungut: "Kenapa jadi panas ni?". Tidak lama kemudian kita akan dapat katak rebus..hehe.
Apakah kesimpulan dari eksperimen kita tadi?
Ini lah yang sebenarnya berlaku di dalam hidup kita. Hidup ini berlangsung secara perlahan-lahan. Seperti sang katak, kita mungkin akan terpedaya dan akhirnya sudah terlambat.
Kalau kita bangun pagi esok dengan dengan berat yang bertambah 20kg berbanding hari ini, tentu kita akan jadi giler. Kita akan segera menelefon hospital: "Kecemasan! Saya gemuk!" Tetapi apabila ia beransur-ansur, sekilo bulan ini, sekilo bulan depan, kita akan biarkan sahaja. Kalau kita terlebih belanja sebanyak RM50 sehari, tidak mengapa bukan. Tetapi kalau kita mengulanginya esok, lusa dan seterusnya, kita akan menjadi pokai.
Inilah yang berlaku kepada kita semua. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Orang menjadi muflis, gemuk, bercerai-berai dan hilang pekerjaan selalunya bukan berlaku sekaligus. Hari ini sedikit, esok sedikit dan kemudian, boom..meletup..dan mereka tertanya-tanya "kenapa boleh jadi camni"
Prinsip katak mengingatkan kita supaya mengawasi perjalanan hidup kita dan selalulah bertanya kepada diri "ke mana aku nak bawak hidup ini". Kalau hidup kita tidak pernah berubah dan teruk seperti dulu, kita mesti mengubahnya..Jangan jadi katak rebus..
p/s: sorry, tak der cerita apa pun..hehe
salam kenal mba.... katak oh katak.. follow balik yah
BalasPadambalik ni rasa nak buat eksperimen katak :P
BalasPadam