Jumaat, November 30, 2012

RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT?

Assalamualaikum..

"Sesungguhnya, untuk kamu, pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik..." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

khat muhammad s.a.w
Rasulullah s.a.w ditakdirkan berusia 63 tahun tetapi keistimewaan baginda yang mungkin jarang dibahaskan ialah keadaan fizikal baginda yang sangat baik. Daripada penulisan biografi kehidupannya, disebutkan betapa sepanjang hidupnya, Rasulullah hanya pernah jatuh sakit sebanyak dua kali sahaja. 

Menurut buku Sejarah Hidup Muhammad, penyakit yang pernah dideritai Rasulullah tidak lebih kehilangan nafsu makan yang dialaminya dalam tahun ke 6 Hijrah dan pada tahun ke 7 Hijrah pula, baginda terpaksa berbekam kerana termakan daging yang beracun.

orang sakit di hospital
Sekarang, bandingkan pula diri kita pada saat ini. Adakah ada antara kita atau orang2 yang kita kenali mengalami penyakit atau sakit hanya dua kali seumur hidup? Saya yakin, mereka yang bertugas dalam bidang kesihatan pun tidak mempunyai status yang istimewa ini.

Sudah tentu jawapan kepada persoalan ini hanya dapat ditemui dalam dua warisan berharga baginda iaitu Al-quran dan sunnahnya. Ini kerana kedua-duanya menggambarkan kehidupan Rasulullah sehingga baginda diberi gelaran 'The living Quran". Cuba kita lihat bagaimana cara pemakanan Rasulullah s.a.w..

Cara Makan Rasulullah
Rasulullah menggunakan tiga jari ketika memakan buah-buahan manakala apabila memakan roti atau segala yang berkuah, baginda menggunakan semua jarinya. Baginda menjilat jarinya tiga kali selepas makan dan baginda tidak makan dalam keadaan bersandar. Hikmah mengapa Rasulullah menjilat jarinya selepas makan ialah kerana pada tangan itu terdapat enzim yang dapat membantu penghadaman makanan.

Makanan Rasulullah
1. Cuka
2. Daging ayam
buah dan minyak zaitun
3. Buah dan minyak zaitun
madu lebah
4. Madu
5. Daging bakar
6. Daging bahu kambing
daging peha
7. Kaki kambing
8. Sawiq (gandum goreng)
bual labu
9. Buah labu
10. Buah kurma basah (Ruttab)
11. Tembikai
12. Buah timun yang masih muda




Cara Minum Rasulullah
water
Baginda kadang-kadang berdiri ketika minum air zam-zam/susu dan kadang-kadang dalam keadaan duduk, dengan menggunakan qirbah(bekas minuman dari kulit binatang). Baginda akan berhenti (bernafas) tiga kali ketika minum segelas air. Minuman yang paling disukai Rasulullah ialah yang manis dan sejuk.

Jom kita makan dan minum mengikut sunnah nabi. Semoga dengannya kita akan menjadi lebih sihat dan dijauhkan dari penyakit merbahaya. Sesungguhnya menjadi tua itu pasti, tetapi menjalani hidup yang sihat itu satu pilihan!



"..dan makanlah dan minumlah. Jangan kamu melampau-lampau. Allah tidak suka pada orang yang melampau batas.." (Surah al-Araf, ayat 31)

4 comments :

  1. Dan sekali lagik, saya suka isi yang ada kat sini. Menarik. Tak penah tau plak. Saya plak, hurm, kerap kot demam.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana berkongsi..kena praktikkan la cara makan dan minum ikut sunnah nabi..

    BalasPadam