Rabu, November 28, 2012

BOLEH KE BOIKOT YAHUDI?

Assalamualaikum..

bendera palestine
"Jahanam tul Israel..bila la dorang semua ni nak kena bala"
"Apa boikot..boikot. Bukan dorang yang susah.. kite ni yang susah nak cari makan nanti"
"Israel ni nak hancurkan Palestin. Rakyat Palestin kena kuat"
"Berpekik camtu tu pun bukan dorang dengar pun. Buat abis air liur jer"
"Ala.. kalu kita tak makan bende tu pun, kalu Israel nak serang, dorang serang gak nanti"

boikot barangan berkaitan dengan israel
Macam-macam persepsi masyarakat kita berkenaan isu serangan Zionis ke atas Palestin. Ada yang tumpang simpati, ada yang buta hati dan ada yang memandang sinis usaha yang dilakukan oleh pihak2 lain seperti memboikot produk yang ada kaitan dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah tetapi anak bangsa kita yang akan 'sakit'. Memboikot barangan Amerika samalah seperti menutup pencarian pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat tersebut. Kata mereka ini bukan cara nak menentang Zionis..
kejahatan israel

Ada juga yang memandang remeh jerit pekik, maki hamun dan teriak semangat dalam demostrasi2 menentang Yahudi. 'Macam anjing menyalak bukit' kata mereka. Israel dan Amerika tidak bergegar sedikit pun dengan luapan kemarahan itu. Kata mereka demostrasi bukan cara nak menentang Zionis..

Habis tu..apa caranya kalau semua usaha yang kita buat tadi tidak diterima oleh mereka. Bukankah ini sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan oleh kita demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap rakyat Palestin. Kita mesti ada tindakan - "actions speaks louder than words"
kejahatan israel

Kita kena bertindak seperti ini tetapi ia mestilah berterusan dan tidak bermusim. Dan ada satu lagi cara yang sangat berkesan untuk menentang mereka ini.

'Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka.' (Surah al-Baqarah 2:120)

Al-Quran telah menjelaskan perkara ini ribuan tahun dahulu dan ini lah hati perut sebenar Yahudi yang dibongkar oleh Allah s.w.t. Percaya atau tidak, kita sebenarnya banyak mengamal cara hidup Yahudi dan Nasrani. Kita berseronok dengan hiburan yang keterlaluan, terlibat dengan pendedahan aurat, pergaulan bebas, arak, pengamalan riba, dadah dan banyak lagi. Inilah juga yang sedang menguasai umat Islam di serata dunia hari ini.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya;

'Kamu akan mengikut cara orang sebelum kamu (Yahudi dan Nasrani), sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Andainya sehingga mereka masuk ke lubang biawak sekalipun, kamu akan mengikutinya.' (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

bendera israel dan amerika
Menurut Ibn Khaldun, mereka yang terjajah secara budaya (amalan hidup) suatu masa pasti akan terjajah secara fizikal. Ini lah yang berlaku di Andalus dahulu. Kejatuhan empayar Islam Andalusia itu bermula apabila para pemuda Islam sangat suka meniru cara berpakaian bangsa Nasrani di Sepanyol. 200 tahun selepas itu, ramalan Ibn Khaldun menjadi kenyataan apabila kaum Muslimin terusir dengan hina dan Islam lenyap di bumi Andalusia.
kejahatan israel

Sekiranya umat Islam berjaya membuang cara hidup ini dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya, itu lah sikap yang paling menyakitkan Zionis. Dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup bersyariat, itulah 'demostrasi' yang paling menyakitkan. Dengan membuang segala cara hidup Yahudi , maka itulah 'boikot' yang paling ditakuti oleh mereka.

Janganlah kita heboh hendak membela aqidah Islam dan membenci musuh Islam tetapi dalam masa yang sama kita masih mengamalkan cara hidup yang sama dengan musuh kita itu..iaitu cara hidup Yahudi dan Nasrani. 


Jangan membenci hanya dengan emosi tetapi gunakanlah akal dan juga hati..


Kredit to Solusi (Panduan Hidup Bersyariat)

1 comments :

  1. mereka dapat kekuatan melalui ekonomi..
    jika ekonomi jatuh, mereka mesti takut..
    cam mana kita mampu menjatuhkan ekonomi mereka?
    boikot lah plg mudah.. tu pun ramai x sokong..

    BalasPadam