Isnin, November 12, 2012

SAHABAT YANG PERGI

sahabat baik berpelukkan
Assalamualaikum..

Satu ketika..
Kita berdua bersama
Berhari bertahun lama
Menempuh cerita luka
Mengharung gelak ketawa
Berkongsi setiap empunya
Sepanjang jalan bersama
Ibarat satu jiwa


Tiba-tiba..
Kita dipisah masa
Jarak kian terbuka
Walau bersama
Kita tidak seperti ada
Dan..
Hidup bertukar warna
Bila hadir insan ke tiga
Menakluk jiwa


sahabat baik berpegangan tangan
Aku sepi..
Aku sendiri..
Dengan kau pergi
Tiada lagi ceria hati
Langkah terus terhenti
Hidup seakan mati


Tuhan..
Tunjukkan aku jalan
Jangan biar aku sepi
Jangan biar aku sendiri
Biar aku teguh berdiri
Biar aku terus berlari
Biar aku hapus derita
Dengan cinta Mu Yang Setia

sahabat baik yang mesra
Sahabat..
Kau pergi bawa hati
Tapi aku tak kan mati
Aku redha apa terjadi
Hidup terus dimengerti
Tuhan sentiasa menemani
Ada di sisi..

Sahabat..
Semoga jumpa segala bahgia
Jauh dari derita
Terima kasih segala kasih
Dalam hati kau tak tersisih


sahabat baik yang ditinggalkan

CA: Semoga kebahagian itu adalah kamu, sahabat.