Sabtu, Jun 15, 2013
APAKAH TUHAN ITU BENAR-BENAR ADA?
WAJIB BACA: APAKAH TUHAN ITU BENAR-BENAR ADA?
(3
Pertanyaan, 1 Jawaban)
Ada
seorang pemuda bijak yang telah lama belajar dan menetap di luar negara kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah, dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang guru agama atau sesiapa sahaja yang mampu menjawab 3 pertanyaan
darinya. Akhirnya
orang tua pemuda itu mendapatkan seorang ustaz.
Pemuda (dengan nada sombong):
"Anda siapa? Bolehkah anda menjawab pertanyaan saya?"
Ustaz: "Saya hanya hamba ALLAH dan dengan izinnya saya akan menjawab soalan anda."
Pemuda (tetap dengan nada sombong): "Anda
yakin? Sedangkan ramai profesor dan para cerdikiawan tidak mampu menjawab
pertanyaan saya."
Ustaz: "Saya
akan mencuba sejauh kemampuan saya."
Pemuda: "Saya
ada 3 pertanyaan. Yang pertama; Kalau memang TUHAN itu ada, tunjukkan wujudnya
TUHAN kepada saya. Yang kedua; Apakah yang dimaksudkan dengan TAKDIR ? Yang ke
tiga; Kalau SYAITAN itu diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang
diperbuat dari api juga. Tentu ia tidak menyakitkan syaitan kerana mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba
ustaz tersebut menampar pipi si pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): "Kenapa anda
menampar saya? Adakah anda marah dengan soalan saya?"
Ustaz: "Saya
tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 soalan yang anda ajukan
kepada saya."
Pemuda: "Saya
tidak faham!!"
Ustaz: "Bagaimana rasanya tamparan
saya?"
Pemuda: "Tentu
sahaja saya merasakan sakit!"
Ustaz: "Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?"
Pemuda:
"Ya..percaya !!"
Ustaz:
"Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu."
Pemuda: "Itu tidak mungkin!!"
Ustaz: "Itulah
jawapan untuk soalan pertama anda. Kita semua dapat merasakan keberadaan TUHAN
tanpa mampu melihatNya."
Ustaz: "Adakah
malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?"
Pemuda: "Tidak."
Ustaz: "Adakah anda pernah terfikir akan
menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: "Tidak!!"
Ustaz: "Itulah
yang dinamakan TAKDIR."
Ustaz: "Diperbuat
dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda ini?
Pemuda: "Kulit!"
Ustaz: "Diperbuat
dari apa pula pipi anda itu?"
Pemuda: "Juga
kulit!"
Ustaz: "Bagaimana
rasanya tamparan saya?"
Pemuda: "Tentulah
sakit!!"
Ustaz: "Walaupun
syaitan diperbuat dari api dan neraka juga diperbuat dari api, tetapi jika TUHAN
berkehendak maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan bagi syaitan.
MASIHKAH ANDA MERAGUKAN KEHADIRAN
TUHAN DALAM HARI-HARI ANDA?
SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN SELAIN
ALLAH SWT...
Comments (8)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
APAKAH TUHAN ITU BENAR-BENAR ADA?
2013-06-15T17:21:00+08:00
Unknown
renungan
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
nazri15 · 616 weeks ago
chekgu anitt 55p · 615 weeks ago
Pudgy Daddy 67p · 616 weeks ago
chekgu anitt 55p · 615 weeks ago
merahitujambu · 615 weeks ago
chekgu anitt 55p · 615 weeks ago
Fahri Nuralim · 615 weeks ago
chekgu anitt 55p · 615 weeks ago
insyaallah..nk gi terjah blog fahri ni..