Bukan berat beban yang membuatkan kita stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.
Sabtu, Jun 22, 2013
CARA MEMIKUL BERAT BEBAN
Bukan berat beban yang membuatkan kita stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.
Semasa
memberi kuliah tentang pengurusan stress, Stephen Covey mengangkat segelas air
dan bertanya kepada para pelajarnya; "
Menurut anda, berapakah berat segelas air ini?"
Para
pelajar menjawab dengan beratan yang bermula dari 200ml sehingga 500ml. "Sebenarnya, ini bukanlah masalah berat tapi bergantung berapa lama anda memegang berat." kata Covey.
"Jika saya memegangnya selama 1
minit, tiada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan saya akan
sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus
memanggil ambulans untuk saya. Berat air ini sebenarnya sama, tapi semakin lama
saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat."
"Jika kita membawa beban kita
terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu
akan meningkat beratnya. Apa yang harus kita lakukan ialah meletakkan beban
tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi. Kita harus meninggalkan
beban kita secara berkala, agar kita tidak penat dan mampu membawanya semula."
"Jadi sebelum pulang ke rumah
petang ini, tinggalkan beban kerja anda. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat
diambil lagi esok. Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkan
sejenak. Setelah berehat, boleh diambil lagi. Hidup ini singkat, jadi
cubalah menikmatinya dan memanfaatkannya. Hal-hal terindah dan terbaik di dunia
ini tak dapat dilihat atau disentuh, tapi dapat dirasakan jauh di relung hati
kita."
Comments (6)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
CARA MEMIKUL BERAT BEBAN
2013-06-22T09:15:00+08:00
Unknown
tips
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
novaleeza · 615 weeks ago
have a visit http://novaleeza.blogspot.com
for tudung raya
chekgu anitt 55p · 615 weeks ago
lps ni, ape2 keje opis,kite tggl kt opis..baru la senang hati :)
Amir Khalis · 615 weeks ago
chekgu anitt 55p · 615 weeks ago
Marwan · 614 weeks ago
Jom saya share tangani stress cara Islamik BACA http://lifeishereafter.blogspot.com/2013/03/25-wa...
chekgu anitt 55p · 612 weeks ago
tenkiu 4 reading.
CA nk gi terjah blog marwan ni..