Ahad, Jun 02, 2013
JAM TANGAN KESAYANGAN
Assalamualaikum..
Pada suatu ketika, seorang tukang kayu sedang
bekerja dan secara tidak sengaja jam tangannya terjatuh dan tertimbus di dalam
timbunan habuk kayu. Jam tangan itu adalah hadiah istimewa dan telah dipakai
sekian lama. Dia amat menyayangi jam tangan tersebut. Maka dia telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencari jam tangannya itu.
Sambil mengeluh mempersalahkan kecuaian diri
sendiri, si tukang kayu itu pun menyelongkar timbunan habuk kayu yang tinggi
itu. Rakan sekerja yang lain juga turut membantu mencarinya. Namun usaha mereka
sia-sia. Jam tangan kesayangan itu tetap tidak temui.
Apabila tiba waktu makan tengahari, tukang
kayu itu dengan semangat yang lesu meninggalkan bengkel untuk berehat. Pada
masa itu, seorang budak yang semenjak tadi memerhatikan mereka mencari jam
tangan, datang mendekati timbunan habuk kayu tersebut lalu membongkok dan
mencari.
Tidak berapa lama selepas itu, dia telah
menemukan kembali jam tangan kesayangan si tukang kayu tersebut dan menyerahkan
kepadanya. Si tukang kayu amat gembira. Namun dia juga merasa hairan kerana
sebelumnya ramai orang telah membantunya mencari jam tersebut tetapi gagal
ditemui. Hanya budak itu sahaja yang berjaya mencarinya.
"Bagaimana
engkau boleh menemui jam tangan ini?", tanya si tukang kayu.
"Saya
hanya duduk di situ dengan tenang. Dalam keheningan itu saya telah mendengar
bunyi 'tik-tok, tik-tok'. Dengan itu, saya tahu di mana jam tangan itu berada."
budak
itu menjawab.
CA: Tahukah
anda bahawa masalah yang kita hadapi akan berkurang ¼ hanya
dengan membiarkan diri duduk dengan tenang? Oleh itu, apabila kita berhadapan
dengan masalah, ambillah masa untuk bertenang dan menarik nafas yang panjang.
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
JAM TANGAN KESAYANGAN
2013-06-02T07:36:00+08:00
Unknown
santai
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)