RUMAH IDAMAN DI SAUJANA SYURGAWI
Mempersona dan
menakjubkan.
Sebuah penempatan yang
menggabungkan segala elemen kemewahan dan keriangan kelas pertama. Segalanya
berkonsepkan hiburan dan keseronokan sepanjang masa.
 |
Jalan ke Saujana Syurgawi lebih
cantik dari ini!
|
Rasai sendiri layanan
mesra para wildan (bidadari dan bidadara) di samping berkenalan dengan individu
elit.
- Pegangan bebas
- Hak milik kekal
- Alami gaya hidup abadi
- Semua lot dan unit telah siap
- 0% faedah
KELUASAN TANAH: Satu lot seluas langit dan
bumi.
KEMASAN BINAAN: Segalanya tempaan emas tulen
dengan saduran permata, mutiara dan sebagainya. MEWAH!! (Mengikut terma dan
syarat).
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN:
1. Kebun yang berbuah sepanjang masa, tidak
bermusim.
2. Kejiranan yang menyeronokkan.
3. Dinaungi Arasy.
4. Kenderaan terbang.
5. Sungai daripada susu dan madu.
6. Peluang bertemu ayah ibu dan orang
tersayang.
TAWARAN PALING ISTIMEWA:
SESI MELIHAT ALLAH,
BERTEMU RASULULLAH.
 |
Keadaan sebenar jauh lebih
indah, tidak pernah dilihat oleh sesiapa,
tidak pernah didengar dan tidak terbayang di hati!
|
Untuk maklumat lanjut
sila rujuk al-Quran dan hadis sahih.
Dibuka untuk
tempahan
Tarikh: Sekarang sehingga hembusan nafas
terakhir
Masa: 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Credit to Majalah Solusi
Pabrik Genteng · 551 weeks ago
Genteng Metal/Iron Roof
Genteng metal · 519 weeks ago
Pabrik Genteng · 551 weeks ago
Harga/Price
Pabrik Genteng · 551 weeks ago
klik di sini
Pabrik Genteng · 551 weeks ago
read more
Pabrik Genteng · 551 weeks ago
http://pabrikgentengmetalterbaiktermurah.blogdeti...