Sabtu, Disember 01, 2012

SEKOLAH INI ADA HANTU?

Assalamualaikum..

cute ghost
Semalam CA borak dengan kawan di telefon. Dia warden asrama dan kena jaga budak2 SPM yang tinggal di asrama. Banyak cerita yang kami kongsikan dan salah satunya ialah cerita hantu..hihihih.. CA memang suka dengar bab2 hantu ni tetapi, selagi hantu tu tak ada depan CA lah. Teringatlah CA kat sekolah yang dah sebulan  ditinggalkan.

hantu mak limah balik kampung
Ni hantu paling glemer..
Sekolah kami berdua di kawasan pendalaman dan bila sekolah lama camni, banyak lah cerita2 hantu yang CA dengar, lebih2 lagi dari budak asrama. Dan kebetulannya, rumah guru yang CA duduki juga rumah yang telah lama ditinggalkan. Seram tak..? Hehe..tapi jangan takut, xder apanya kat rumah CA. Kebetulan pula housemate CA ustazah. Hantu mesti tak berani punyer..hehe..

Tapi yang seramnya kat luar rumah lah. Dorang cakap macam2 hantu ada. Hantu yang tak glamour pun ada jugak. Alhamdulillah, CA tak pernah kena usik dengan makhluk ni, tapi ada kawan2 CA yang dah kena termasuk pengetua. Kesian dia..lepas tu dia terpaksa berulang-alik kerana tak berani tinggal kat rumah dia lagi.
hantu mak limah balik kampung

Ada cikgu2 yang nampak langsuir terbang kat tangki air, ada yang nampak toyol dalam kelas dan ada yang nampak hantu raya kat pintu pagar. Ada juga yang dengar benda dihempas kat rumah sebelah walaupun tak ada orang dan ada yang dengar orang membasuh pukul 3 pagi. Macam2 lagi lah..

Berbalik kepada kawan CA tadi. Dia ini lain dari yang lain. Dia kata dia boleh nampak hantu. Betul atau tidak, CA tak tahu lah. Tapi pernah sekali semasa kami membersihkan bilik lama di sekolah, tiba-tiba wajah dia berubah semacam (bukan naik hantu tau). Bila CA tanya kenapa, dia diam ajer. Balik rumah baru dia beritahu yang dia nampak hantu kat bawah meja. CA rileks jer lah..tapi dalam hati takut nak giler..takut hantu tu ikut balik..huhu..

jennifer love hewit
Dia tinggal di rumah warden asrama dan selalulah dia nampak hantu kat rumah tu. Dia ni siap boleh bercakap dengan hantu apabila ada hantu2 yang lepak kat situ buat kacau. Kata kawan2 CA yang lain, best lah dia sebab dapat tengok hantu. Boleh tahu kawasan mana yang clear atau tak. Tapi kalau CA, tak nak lah. Buat apa tengok benda tu..hidup mesti tak tenteram punya..macam cerita Ghost Whisperer lak jadinya..

CA selalu berfikir, ada ke manusia yang boleh tengok hantu camni. Kalau dalam tv, adalah. Tapi tidak mungkin dia hendak menipu..tak ada faedahnya. So, CA serahkan pada Allah s.w.t. Dia lebih mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Mungkin dia ni ada six senses..

Rasanya kat sekolah CA ni mungkin ada hantu..kerana hantu itu adalah jin. Jin dan syaitan itu sentiasa berkeliaran di bumi Allah untuk mengganggu dan menyesatkan manusia. Dan kita janganlah takut kepada makhluk ini melebihi takut kepada PenciptaNya..

doa halau jin dan syaitan
Ayat untuk menghalau jin dan syaitan

12 comments :

  1. Menarik la gaya penulisan cikgu ni. ^_^ iblis, syaitan dan jin ada di mana mana sahaja.

    BalasPadam

  2. tapi setiap asrama, cerita hantu lebih kurang jer..hahah

    BalasPadam
  3. tu la, ni sekolah cikgu kat dabong yg baru pindah la, tp sekolah menengah kan?

    ayah sy dulu bekas pngetua kat sekolah rendah dabong (blh nmpak air trjun gunung stong dari sekolah tu). kwsan pun sunyi tp cntik pmandangan. bnyk prumahan teres tersedia utk cikgu2. ada tv n 3 bilik rasa kat dlm tu, cuma dua 3 cikgu je snggup duduk.

    memg ada yg dpt nampak benda cmni dan xleh kata ustazah dia x kacau, haha ape la chekgu anitt (sbb makin tinggi ilmu agama dan amalan di dada, makin suka jin syaitan ni mgganggu).

    cuma jika dirasakan masuk tmpt mreka, bagi salam>azan 4 pnjuru>ayatul kursi>4 qul>selawat sulaiman>yakin bhwa tiada yg berkuasa kecuali Allah.

    dan hakikatnya, bkn kat sekolah tu je, malahan di mana2 pun ada jin syaitan ni, kat tpi chekgu pun ada diorg dh mnetap di bumi far far ago sblum manusia diami lagi.

    (cuma x nampak, knapa x nampak? sbb kalu selalu nampak nanti kita jadi x takut pd mereka, tu yg diorg duk sembunyi je - sbb jin dan syaitan sama takut kpd manusia umpama manusia takut pd mereka, jd jgn takut pd mreka - ada dalil dari apa yg brlaku pd sahabi brkenaan prkara ini).

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelah menyebelah jer sek tu.tp kuarter guru sek rendah lg cntk..kuarter baru bertingkat lg..kuarter guru sek men lak rumah kayu jer..dh nk dilupuskan bila2 masa jer..

      chekgu prnh baca cerita kt bwh tu. ustaz pn ada ckp yg jin ni sebenarnya lg takut kt manusia. tp manusia ni dh ditakutkn dr kecik lg, tu yg jd camtu tu..

      yg ptg..jgn xtakut pd Allah s.w.t..Dia pencipta sekalian makhluk..

      Padam
  4. biasa asrama msti dikaitkan dgn hantu, dl time skolah slalu dgr kwn2 yg dok asrama citer psl hantu, takut la jugakkk hehe..

    BalasPadam
  5. time saya kt mrsm dulu, cekgu2 kata saya yang dok jadi hantu, bereliaran malam2.. depa kata, awak tak penah tserempak dgn hantu sebab awak la hantu.terkelu saya.

    BalasPadam
  6. iblis syaitan ada di mana saja..
    dulu selalu dgar citer pak guard asrama..
    seram je... tp layannn juga.

    org berpengalaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. citer seram ni mmg best kalu kita layan..
      jnji kna tak naik hantu..hehe..

      Padam