Isnin, November 12, 2012

SALAH PAKAIAN ADIK TU..

Assalamualaikum..
Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim]..
"Dik, nasi ayam 2 dik. Bungkus." beritahu CA kepada adik yang tengah sibuk mengangkat pinggan2 kotor yang diguna oleh pelanggan sebelum ini.
"Ok. Tapi lambat sikit ye kak. Pelanggan ramai." balas adik tersebut.
"Tak per. Akak boleh tunggu." beritahu CA kemudian.

Sambil2 menunggu itu, CA memerhatikan sekeliling kawasan restoren tersebut. Pelanggan memang ramai dan adik tersebut tidak menang tangan untuk mengambil pesanan dan mengangkat pinggan2 yang kotor.
"Rajin betul adik ni. Macam lipas kudung dia wat keje." bisik CA dalam hati.


Tiba2 CA perasankan satu suasana pelik kat kedai tu. Ramai betul pelanggan lelaki kat situ dan mereka tak habis2 memandang adik perempuan tadi. Sambil memandang, mereka akan berbisik sesama sendiri. Memang budak perempuan tu cantik, tetapi kalu setakat cantik sahaja yang menyebabkan pelanggan lelaki berperangai camtu, rasanya tak. CA pun cantik gak ni, tapi xder pun dorang pandang..(hahahah..perasan tahap giler CA ni).

bertudung nampak seluar dalam
Bahagian bawah salah,dik..
bertudung tetapi berbaju ketat
Salah dik, ketat sangat..
CA pun apa lagi, pasang radar la tengok apa yang istimewa kat adik tu. Budak tu bukan sahaja cantik, tapi nampak sopan dengan bertudung. Ok jer adik tu. Tiba-tiba...

Astaghfirullahaladzim...terkejut beruk CA bila CA tengok adik tu berpusing belakang. Nampak apa yang tak sepatutnya nampak. Dengan legging dan t-shirt yang ketat, korang boleh bayangkan apa yang CA nampak. Sebagai perempuan, CA pun malu nak tengok apa yang CA dah tertengok tadi. Bahagian depan memang lah ok sebab bertutup dengan apron.

bertudung tapi berlegging
Hijabista ke ni, dik?
Dan ini lah yang sering berlaku di kalangan wanita Islam sekarang. Niat mereka bertudung memang bagus, tetapi cara mereka memilih pakaian tu pulak yang salah. Mereka sedang membalut aurat mereka, bukan menutup aurat sebenarnya. Ada sesetengahnya kerana hendak mengikut trend terkini, mereka lupa dengan cara berpakaian menurut Islam yang sebenarnya..

CA selalu berpesan kepada pelajar CA agar memakai pakaian yang boleh membawa kita terus ke syurga..bukan pakaian yang sekejap membawa kita masuk neraka kemudian ke syurga pula (atau mungkin neraka terus). Bagi CA ini lah ciri2 pakaian dua alam yang CA maksudkan itu. Betulkan CA kalau salah...

bertudung tapi tidak berkain@berseluar
Lupa kain ke dik..?
Rasa terpanggil dengan tanggungjawab sesama muslim, CA bertekad dalam hati untuk menegur adik tersebut seperti mana CA menegur pelajar2 CA. Semasa dia datang menghulur nasi ayam yang CA order, CA bagitau dia..

"Nape pakai camni dik. Seksi sangat. Tengok, nak terkeluar biji mata jantan2 tu semua. Islam larang kita pakai camni dik." beritahu CA..direct..tak der lapik2nye.

bertudung tapi berbaju jarang
Jarang sangat la, dik
Tapi CA tengok adik tu biasa jer. Tak der apa2 perubahan pada raut wajah dia..selamba jer. Hahahah..maklum la..CA cume cakap dalam hati jer. Tak berani nak cakap depan adik tu..huhu..serendah-rendah iman CA ni rupenye..

Anda semua jangan jadi penakut seperti saya yer..

pakaian yang betul untuk muslimah

27 comments :

  1. a'a kan , kadang2 nak tegur je kalau ada yang pakai ketat2 sangat tapi takut laa . hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah..kite kne brubah ni..xleh tegur org lain tp dpt tegur ahli kuarga kite pn dh ok..hehe

      Padam
  2. dunia sekarang..lebih menutup urat dari menutup aurat..maz tak cakap lebih2 sebab maz pun kadang2 macam tu...jadi ambil pedoman utk diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. kite semua mmg sntiasa wat slh, maz..
      tp slalu kna btlkn diri..
      pakaian ni cerminan dr..
      kite biase mnilai org lain mlalui pakaiannya..

      Padam
  3. berpakaian hakikatnya berbogel...ni yang UAI kate...tapi org skg mane nak ikot cakap ustaz...hiburan sana sini jadi ikutan...mak ayah pun wat diam je...org laki ape lagi...syok cuci mata..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la..ramai tul yg berbogel skang..
      xsanggup nk tgk lg..
      ari2 kite dok tmbh dosa..
      smoga kite smua dijauhkn dr bpakaian buruk sperti tu..

      Padam
  4. krole pnah alami situasi cam ni..pastu krole tegur org tu..nak tahu..krole siap kena marah n maki hamun g..sbab buzy body sgt~dunia oh dunia~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kite smua mmg cmtu..xleh ditegur walau pn bnde baik..
      nabi kata ni akn blaku pd akhr zaman..
      tp kita jgn bhenti mnegur/beri nasihat yer..

      Padam
  5. sllu gak aku dpt pemandangan mcm nih., mmg memlukan., ksian pun ader., tp yg lg kesian aku la., tak psal2 aku dpat dosa kering sebab tngok dia., hmpeh jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..kite yg mnengok ni mmg ptt dikesiankan..
      dosa dia bjangkit kt kite lak..

      Padam
  6. Ramai pakai tudung, tapi tak menutup aurat. Kita pun takut gak nak tegur depan2. kang kena tengking ngan dia xD Hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu kkawan kte brani la tegur..
      klu org luar tegur dlm hati jer la..

      Padam
  7. betul..sekrng fesyen pon xbpe btul sgt..kita yg nk memakai ni kenela plih fesyn yg btul2 mberi mksd bhijab..bhjb bkn dikpla je tp scra ksluruhnnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk bfesyen ni blh..
      tp jadikan islam pnduannya..
      semua ni dh mmg ada dlm agama..
      jgn kite jd mangsa fesyen dh la..hmmm

      Padam
  8. saya tahu, niat admin memberikan pengajaran pada kami semua,terima kasih, cuma , minta admin keluarkan gambar2 pelaku-pelaku ini, kerana saham dosa mereka ini akan bertambah setiap kali orang view page ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas teguran..

      In Sha Allah..pelaku ni tak akn btambah dosanya. mereka hanya bdosa smasa melakukannya shj..dosa mereka tak akn bpnjgn..

      sama2 kita doakan yg tbaik yer..

      Padam
    2. gmbar google aje kn tu? bknnya gmbar chekgu amek niri kn?

      Padam
  9. Sama-samalah kita cuba untuk menegur. Jalankan tanggungjawab kita dgn menunjukkan contoh kpd sahabat dan keluarga kita :)

    BalasPadam
  10. haha.. bgus CA tgur dlm hati pun ok wat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp itu kn serendah2 iman..
      kalu leh, kita hndklah mnunjukkan iman yg lbh tggi dr itu..

      Padam
  11. macam macam sekarang ni. antaranya jubontot (jubah nampak buntot) dan jubra (jubah nampak bra)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la syimah..
      berpakaian tp msh juga bertelanjang
      sama2 kite betulkn yer..

      Padam
  12. emmm... kadang malu jugak nak tegur.. even sama2 pompuan kan..

    BalasPadam