Khamis, November 08, 2012

SAMAN SAYA, ENCIK

Assalamualaikum..

saman polis
Alhamdulillah..baru balik dari bayar saman kat ibu pejabat polis. Tahun ni CA kena 2 saman. Nasib baik ada diskaun 50% , kalau tidak rabak juga poket. Memang tiap-tiap tahun CA akan dapat saman dan tahun ni kira baik lah tu..hehe..(tapi tahun lepas CA bebas saman). Nak kata CA bawak kereta laju, tidak lah jugak. Ada yang lagi laju dari CA. Nak kata slow, tak lah sangat, ada yang lagi slow dari CA. Ada yang slow tahap gaban sampai CA rasa nak turun dari kereta dan tolak kereta dia tu ke tepi..
saman polis
Setiap kali balik kampung mesti dapat ni..hehe
Mungkin sebab CA ni tak alert dengan kawasan-kawasan yang memang jadi hot spot polis dan pakai redah jer. Tu yang asyik kena jer tu. Pernah CA kena saman dan menjadi satu-satunya driver perempuan yang kena saman masa tu..malu giler CA. Dan yang lebih teruk, CA pernah kena saman ekor semasa CA balik dari bayar saman yang lama..haha..

Masa CA berulang dari Johor-Kota Bharu dulu lagi best. CA balik dengan kawan CA dan dia yang drive. Jalan kat Besut masa tu baru siap dan apa lagi dia pun menekan minyak je lah. Masa tu dah 120km/h tapi dia siap cakap tak terasa pun kelajuannya. Tak sampai 10 minit dok cakap2 tu, tiba2 CA nampak kereta depan dah mula perlahan dan sayup-sayup nampak polis traffik dok melambai-lambai.

Apalagi, pak cik polis tu suruh lah kita orang ke tepi.
"Nak ke mana ni?" tanya polis.
"Balik Johor, Encik. Dari Kota Bharu". Jawab kawan CA.
"Kat sini had laju dia 70km/h. Awak bawak 120km/h. Dah lebih dari had laju dan kena saman ni. Minta lesen". Kata polis tu.

Dan tiba-tiba CA bersuara (rasa bersalah kalau kawan CA kena saman sebenarnya)
"Ambil lesen saya, Encik. Saman saya. Ni kereta saya"
Kawan CA pulak menyampuk..
"Saman saya, Encik. Saya yang bawak kereta".
"Tak per..ni kete saya. Encik saman saya". Kata CA pulak.
"Ehh..encik amik jer lesen saya ni. Saya yang bawak kete". Balas kawan CA.

CA dengan kawan CA tu berebut-rebut minta kena saman dengan polis tu. Polis tu mungkin pening dengan perangai kita orang ni dan dia pun melepaskan kami berdua dengan amaran jangan buat lagi. Agaknya dia tak pernah jumpa dengan orang yang gila-gila minta disaman macam ni..

Tapi bila fikir balik, kami ini dikira bernasib baiklah. Dibuatnya polis tu menyampah dengan perangai kami masa tu, disamannya kami dua-dua. Baru padan muka..nahh..nak sangat saman, ambik kau..2 saman aku bagi..hahahah
saman polis
Awak pun kena gak ke..?

Kenapa Saya?

Seorang lelaki memecut laju kenderaan yang dipandu melalui sebuah lebuh raya. Dia tidak keseorangan. Di depan dan belakangnya beberapa buah kereta juga sedang meluncur sama laju dengannya. Kelihatan seolah-olah mereka sedang berkonvoi.

Dalam keseronokan memandu laju, kereta di hadapan kelihatan memperlahankan kelajuan. Rupa-rupanya ada operasi perangkap had laju di hadapan.

Setelah memberhentikan keretanya di tepi jalan, seorang pegawai polis menghampirinya.
"Encik memandu melebihi had laju." Ringkas dan tegas suaranya, sambil menulis sesuatu pada surat saman.

Setelah mengambil surat saman tersebut, lelaki itu menoleh ke belakang dan bertanya kepada pegawai itu: "Kenapa saya sahaja yang disaman sedangkan ramai lagi yang memandu dengan kelajuan yang sama malah lebih laju lagi daripada saya?"
"Encik pernah menonton pertandingan memancing?" tanya pegawai tersebut.
"Apa kaitan memancing dan saman?". Dia menyoal semula.
"Adakah semua pemancing akan dapat ikan?"
"Mestilah tidak!". Lelaki itu menjawab.
"Sama juga, tidak semua pesalah akan ditangkap."

Sumber: Solusi Isu 48



Tidak semua keburukan dan kejahatan akan terus dibalas 'tunai' kerana ramai yang terlepas begitu sahaja. Begitu juga dengan kebaikan. Tidak semua kebaikan diganjarkan segera kerana manusia sering buta dalam menilai kebaikan.

12 comments :

  1. hahahha..lwk la chekgu..
    pg2 jenguk chekgu smbil gelak guling2..
    ade jgk yg cm tu eh..
    beria2 nk kne saman..
    mst lps chekgu blah polis tu gelak keras pewot..
    sbb x pnah jmpe kes cm chekgu..
    hihiihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbnrnya masa tu gabra giler..
      tp masing2 kesian satu sama lain..
      so merelakan diri tuk disaman la..
      kitorang gelak smpai krs perut2 lps tu..hahahah

      Padam
    2. sy bace pun gelak guling2..
      pg2 dh mood gelak..uhuhu..
      suke en3 chekgu..

      Padam
    3. mekasih..nnt jengok2 lg kt sni yer..

      Padam
  2. haha..tu la..berebut lg nk saman..
    nsib bek xkene saman..^,^
    hti djln rye ok..jgn bwk laju.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..mmg nsb baik..
      kes yg jrg blaku agaknye ni..
      insyaallah, akn lbh hati2..

      Padam
  3. menarik taktik berebut nak kena saman tu...sampai polis xjadi nak saman..bole try lepas ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cube lah..
      mgkin akn bjaya..
      kalu nsb xbaik mgkn akn dpt 2 saman..hehe ^_^

      Padam
  4. hehe.. kelakar.. berebut2 nak kena saman.. ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ari tu dlm sejarah..
      nsb baik jupe pois baik..hehe

      Padam
  5. Balasan
    1. salam maal hijrah tuk etuza gak..
      smoga hijrah ini lbh mndktkn kita pdNya..

      Padam