"Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar, kekal selamanya.” (Kata-kata dari Saiyidina Ali r.a)
Syria..bumi yang sedang bergolak. Apakah yang sebenarnya berlaku di sini? Umat Islam dibunuh dengan kejam oleh saudara yang seagama dengan mereka dan dunia seperti berpeluk tubuh..kaku tanpa tindakan. Dan apakah pula tindakan kita, selaku saudara seagama dengan mereka?
Syria..sebuah negara yang merdeka dari penjajahan Perancis pada tahun 1945 dan diperintah oleh anak Syria sendiri sehingga ke zaman Hafez Al-Assad. Hafez Al-Assad telah memerintah Syria secara diktator selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad.
Syria..sebuah negara yang merdeka dari penjajahan Perancis pada tahun 1945 dan diperintah oleh anak Syria sendiri sehingga ke zaman Hafez Al-Assad. Hafez Al-Assad telah memerintah Syria secara diktator selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad.
Hafez Al-Assad berpegang pada fahaman Syiah
Nusairiyah yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya sendiri yang berfahaman
Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ-fahaman
utama Syria). Fahaman Syiah Nusairiyah bukan sahaja membenci ASWJ, mereka juga menghina Khulafa
Ar-Rasyidin, isteri-isteri Rasulullah
s.a.w terutamanya Saiyidatina Aishah dan melakukan
kejahatan yang pelbagai.
Menurut Syeikh Dr Khaled Hassan Al-Hindawi (pembantu khas Dr Yusuf al Qardhawi), revolusi Syria
bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga kini ia berlaku di 157 tempat di Syria. Seramai
44,000 orang telah terbunuh dalam konflik ini sejak ia bermula Mac tahun lalu. Selain itu, 784
identiti mangsa pula tidak dapat dikenalpasti
Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad sebenarnya memerintah ala Firaun. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan
memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para
ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan
wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta
menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.
“Oleh yang demikian, menjadi
tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena
sokong revolusi di Syria, kena
tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini. Mereka membenci ASWJ dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita
perlu menyokong saudara kita di Syria.
Sekiranya Hizbullah berani menyokong
Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori
revolusi ini?” tegasnya.
Pejuang2 Syria (digelar pemberontak oleh dunia) yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan
wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Dianganggarkan 95%
rakyat Syria menentang rejim itu
walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.
Sesetengah dunia pula melihat rejim Basyar sebagai penentang Israel, tetapi percayalah mereka tidak pernah menyentuh Israel. Mereka takut kepada Israel tetapi sanggup membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana
Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.
“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel
tetapi regim Basyar Al-Assad dan
ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer
dari Bukit Golan.” Kata Dr Khaled.
Ayuh rakyat Malaysia..buktikan keprihatinanmu kepada rakyat Syria. Bertindaklah walau hanya dengan sebaris doa..
“Barangsiapa
terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh
mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya,
maka dia syahid ” (HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi,
disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
berita kita pun satu... ckp pemberontak... hmm.. nampak sangat dah konspirasi dunia.. nak mengabui mata orang awam daripada mengetahui kisah yang sebenar...
BalasPadamdunia yg dikuasai barat, begini lah tindakannya..
Padamtakut nk bsuara untuk mpertahankan islam..
bsama bjihad!! sebarkan sgala mtlumat smga myedarkan ramai org mengenai syria.. jgn berpeluk tbuh ajer!!!
BalasPadam