Sabtu, Mac 30, 2013

JAWAB, JANGAN TAK JAWAB

0 comments

Assalamualaikum..

Di bawah ini ada 2 soalan untuk anda. Anda kena jawab secepat mungkin untuk menguji kepantasan dan kecekapan IQ anda. Okey.. kita mulakan sekarang..

SOALAN 1
Anda masuk satu pertandingan lumba lari. Di pertengahan perlumbaan itu, anda memotong peserta di tempat ke dua. Dan sekarang anda berada di kedudukan mana?

SOALAN 2
Anda kemudian memotong pula peserta yang berada di kedudukan terakhir perlumbaan itu. Di manakah kedudukan anda sekarang?

Anda boleh menjawabnya? Cubalah..mungkin anda memang mempunyai IQ yang bijak dan pantas menjawab..Kepada yang berjaya menjawab dengan pantas dan tepat, hadiah menarik menanti anda.

KLIK DI SINI untuk mendapatkan hadiah anda..hehe

Jumaat, Mac 29, 2013

I'M BACK

0 comments

Assalamualaikum..
saya telah kembali

Huhu..dah lama sangat CA menghilangkan diri dari blog CA ni..memang lama..dah 2 bulan. Kerana sibuk dengan keje, CA tinggalkan kejap alam maya ni. Memang rindu tetapi CA dapat bertahan terutamanya bila CA sendiri yang buat janji dengan diri bahawa CA nak cube hidup tanpa sebarang gadget. 

CA tinggalkan tv, lappy dan smartphone. CA buktikan pada diri bahawa CA masih boleh happy walaupun tanpa semua tu.. (CA gunakan gadgets2 untuk dapatkan info pntg dan buat call sahaja dlm tempoh 2 bulan tu).

Kepada kawan2 yang datang jenguk sini, nnt CA terjah balik yer. Ari ni xsempat lagi. Terima kasih kerana sudi datang walau tuan rumahnya x ader kat umah.. TERIMA KASIH SESANGAT YER..

Isnin, Februari 04, 2013

APA YANG GIGIT NI?

10 comments

Assalamualaikum..

Semalam CA tidur lewat. Lepas tengok tv dalam kul 12.30 malam, baru CA tidur. Sebelum tidur, sempat lagi CA beronline, godek2 blog walaupun mata dah tak leh nak bukak. Dan CA pun tertidurlah tanpa sempat menutup lampu bilik.

CA bangun awal. Jadi kul 5 pagi tu mata automatik jer akan terbukak. Bukak2 mata, CA tengok lengan CA ada kesan darah yang hampir beku. Terkejut beruk CA. Dalam kepala dah  fikir yang bukan2. Kena gigit dengan binatang berbisa ker? Kena gigit dengan ular ke? Tapi CA tak rasa sakit pun. Takder lak CA mimpi kena patuk ular malam td (ehem2..ni mimpi nak kawin ni..hehe). Kalu mimpi kena patuk pun, tak kan leh berdarah lak.

Sabtu, Februari 02, 2013

FARMASI ALLAH

0 comments
Assalamualaikum..

"Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana "... Al-Quran

Grapes
Setangkai anggur kelihatan seperti sebentuk hati  dan setiap biji anggur pula kelihatan seperti sel darah. Hari ini, semua kajian menunjukkan bahawa anggur sangat bagus untuk hati dan menjadi makanan utama untuk membekalkan darah.

Hirisan carrot kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan halus pada mata dapat dilihat pada hirisan carrot. Sains kemudian membuktikan bahawa carrot dapat meningkatkan aliran darah ke dalam mata dan meningkatkan fungsi mata manusia.

Tomato mempunyai empat bahagian apabila dibelah dan berwarna merah. Jantung juga berwarna merah dan mempunyai empat bahagian. Penyelidikan sains kemudian membuktikan bahawa tomato sangat baik untuk membekalkan darah kepada jantung.

Jumaat, Februari 01, 2013

DOSA KITA HARI INI

0 comments

Assalamualaikum..
" Penyesalan ialah taubat. Orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti mereka yang tiada dosa". (Riwayat al-Tabarani)
Taubat
Oleh itu, kenapa dosa yang kita lakukan sama ada terhadap Allah mahupun manusia selalu sahaja dibiarkan tanpa rasa berdosa dan hendak bertaubat? 

Jom kita rebut peluang untuk sentiasa bertaubat..

DOSA DENGAN ALLAH
  1. Menyekutukan Allah s.w.t  dengan mana-mana makhluk (syirik). Mereka berharap dengan manusia dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki.
  2. Meninggalkan solat fardu. Terdapat remaja malah orang dewasa yang tidak mengenal sejadah, apatah lagi masjid. Kalau sudah bekerja dan mendapat pendapatan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terlupa semua bacaannya.