Jumaat, Januari 04, 2013

"HMMM..SEDAPNYA DARAH MANUSIA NI"

Assalamualaikum..


Nyamuk tiruk
Fakta hebat tentang seekor nyamuk, serangga yang kita benci.
  1. Nyamuk wujud sejak 100 juta tahun dahulu dan sehingga kini terdapat lebih 3000 spesies nyamuk di dunia. Serangga ini kebanyakkan hidup di kawasan tropika dan ada yang hidup di kawasan Artik.
  2. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hidup 10 hingga 20 hari sahaja. Nyamuk betina boleh bertelur sehingga 300 biji dalam satu-satu masa dan mampu mencapai 3000 biji telur sepanjang hayatnya.
  3. Nyamuk boleh berkembang dari telur ke nyamuk dewasa dalam masa 4 hingga 7 hari.
  4. Kebanyakkan nyamuk boleh terbang sejauh 1.5 km dari habitat mereka. Tetapi ada sesetengah spesies yang mampu terbang sejauh 30 km.
  5. Nyamuk mempunyai penglihatan yang lemah dan kerana itu, dia menggunakan penglihatan infrared (berdasarkan haba badan) dan hembusan nafas untuk mencari mangsanya. 
  6. Hanya nyamuk betina sahaja yang mengigit mangsanya untuk mencari protin di dalam darah mangsa yang digunakan untuk bertelur.
  7. Kira-kira 2 juta manusia mati setiap tahun akibat penyakit-penyakit bawaan nyamuk.
Pengajaran hebat dari seekor nyamuk, serangga yang kita benci.
  1. Nyamuk adalah makhluk Allah seperti kita. Setiap mahkluk Allah ada kebaikkannya dan nyamuk bukanlah serangga yang sia-sia.
  2. Nyamuk telah ditugaskan untuk membawa penyakit kepada manusia dan seandainya manusia tidak sakit, nescaya mereka tidak akan taat kepada Allah.
  3. Serangga kecil ini sebenarnya dapat menghapuskan dosa-dosa kita kerana Allah telah berjanji bahawa setiap penyakit itu adalah penghapus dosa.
  4. Nyamuk mengajar kita supaya menjaga kebersihan. Jika tiada kebersihan, maka akan ada kesakitan.
Untuk berjaya dalam hidup, kita mesti menjadi seperti seekor nyamuk. Walau berbadan kecil, tetap mempunyai semangat juang yang tinggi.

Credit to Majalah Mastika