Khamis, Januari 17, 2013

JOM KENALI KEKASIHMU..PART 1

Assalamualaikum..

Hari ini CA nak ajak semua pembaca untuk mengenali kekasih masing-masing dengan lebih dekat. Mengenali orang yang kita sayang dan suka ini penting untuk kita menambahkan lagi rasa cinta dan sayang kita kepada mereka. Betul tak? Mesti betul lah punyer.. Sebenarnya kekasih CA sama jer dengan kekasih anda semua. Kalau anda dapat mengenali kekasih CA, pasti anda juga akan dapat mengenali kekasih masing2 dengan lebih dekat..hehe

Percayalah..mengenalinya akan menyebabkan kita lebih mencintainya dan mencintainya dengan lebih mendalam akan lebih membahagiakan hidup kita dunia akhirat. Jom pakat ramai-ramai mengenali kekasih kita yang sebenar-benarnya..iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dialah lelaki agung yang sangat dicintai oleh penduduk bumi dan langit. Dialah lelaki agung yang menjadi kekasih Allah s.w.t dan kekasih kita semua, yang akan membantu memberi pertolongan di hari yang tiada pertolongan di akhirat kelak..Dialah Pemberi Syafaat..

Sempena bulan kelahirannya ini, CA hendak bercerita tentang detik-detik awal kelahiran lelaki agung ini. Bukan niat untuk menunjuk pandai, tetapi untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada. Semoga dengan ini kita akan lebih mencintainya..

desert
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah iaitu 50 hari selepas peristiwa tentera bergajah. Penyair Nabi Muhammad iaitu Muhammad Hassan bin Thabit telah menceritakan tentang tanda-tanda kelahiran nabi ini. Semasa Muhammad lahir, Hassan berada di Madinah dan umurnya pada masa itu 7 tahun. Pada hari itu, dia berada di dalam majlis orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, "Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang itu hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hassan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah, ibu Muhammad pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad, dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan
.
Nama Muhammad diberi oleh Abdul Mutalib. Pada suatu masa, Abdul Mutalib pernah mengembara ke Syam dan bertemu dengan ulama Yahudi. Rahib ini bercerita akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya dengan nama Muhammad. Sebelum itu, orang-orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Semasa kelahiran Muhammad juga bergegar Iwan Kesra iaitu istana Raja Parsi (kerajaan yang paling besar pada masa itu). Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun sebelum itu terpadam (tidak pernah terpadam sebelum itu). Gegaran itu juga telah menyebabkan Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana tertimbus.

Kejadian pelik ini sangat menakutkan Kisra Parsi dan beliau memanggil ahli nujum dan pendeta beliau. Mereka berkata, "Kerajaan Parsi akan diperintah oleh 14 orang kisra lagi dan selepas itu kerajaan Parsi akan jatuh." Ramalan pendeta ini tidak merisaukan Kisra Pasri kerana beliau merasakan tempoh itu masih panjang lagi. Namun selepas kematian kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa dan dalam masa 4 tahun sahaja, 10 orang kisra telah memerintah Parsi. Semua ini adalah petanda kejatuhan Kerajaan Parsi.

Pada zaman itu, setiap bayi yang baru lahir akan disusui oleh ibu susuan dan dibawa keluar dari Mekah. Halimah Saadiah dan suami telah datang ke Mekah bersama rombongan lain dengan menaiki keldai yang sudah tidak larat hendak berjalan. Kerana tiada orang yang mahu mengupah beliau, beliau telah mengambil Muhammad sebagai anak susuan walaupun Muhammad anak yatim.

Keberkatan mula berlaku dalam hidup keluarga Halimah yang miskin. Keldainya yang tidak larat berjalan menjadi keldai yang paling pantas dalam rombongan dan susu Halimah yang hampir kering menjadi semakin banyak. Apabila sampai ke suku Saad (tempat tinggal Halimah), unta dan kambing peliharaannya yang tua menjadi sihat dan mengeluarkan susu. Kehidupan Halimah menjadi semakin baik.
Prophet Muhammad
To be continue..