Khamis, Januari 10, 2013

INI ENTRI MINTA MAAF..

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang terkejut bila baca tajuk entri CA kali ni. Ya..memang CA nak minta maaf kepada semua pembaca dan rakan2 CA yang membaca blog CA ni. CA dah buat salah yang sebesar2nya.

Sebenarnya CA hendak minta maaf kepada sesiapa yang pernah membaca entri KEBIJAKSANAAN SAIYIDINA ALI. Dalam entri tersebut CA telah memasukkan satu dialog antara seorang lelaki dengan Saiyidina Ali bertanyakan tentang kebaikan ilmu berbanding harta. Dialognya berbunyi seperti berikut;
"Wahai Ali, benarkah Rasulullah s.a.w berkata, saya (Rasulullah) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?" tanya salah seorang daripada lelaki itu.
"Memang benar." Jawab Saidina Ali.


Sebenarnya CA tidak pasti samada dialog ini wujud atau  tidak kerana baru-baru ini CA ada membaca artikel tentang hadis-hadis palsu yang dilakukan oleh puak-puak Syiah. Antara hadis palsu tersebut ialah;
"Sesiapa ingin tahu ketinggian ilmu Nabi Adam, ketakwaan Nabi Nuh, kehebatan Nabi Musa, maka tengoklah Ali. Aku (Nabi Muhammad) kota ilmu dan Ali pintu gerbangnya."

Ini sebenarnya adalah hadis palsu yang dilakukan oleh puak Syiah yang bertujuan untuk menyebut kelebihan Saiyidina Ali tetapi mereka ini sangat mencela sahabat2 Nabi yang lain.


Jadi CA minta maaf sesangat atas kesilapan ini. Takut lak kalau CA jadi penyebar hadis palsu lak..

Rasulullah memberi amaran keras kepada mereka yang berdusta menggunakan namanya.
"Sesungguhnya, berdusta kepadaku tidak sama seperti berdusta kepada kepada orang lain. Sesiapa yang telah berdusta kepadaku secara sengaja, maka persiapkan tempat duduknya di dalam mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Minta maaf yer..