Jumaat, Januari 11, 2013

"MAAF TUAN! TERSASAR LAGI!"

Assalamualaikum..

tentera
Sepasukan tentera berlatih menembak di lapang sasar. Malangnya seorang daripada mereka itu teruk betul bidikannya. Sepuluh tembakan dibuat, tapi tiada satu pun yang kena sasaran.
"Argghhh! Apa nak jadi dengan awak ni, hah?" sergah kaptennya.
"Maaf tuan! Tersasar tuan!!!" jawab tentera itu tergigil-gigil.
Si kapten angkat jari telunjuk dan memberi amaran keras; 
"Saya akan dekatkan sikit sasaran ke jarak lima meter tapi kalau tak kena jugak, siap!!!!"

Tapi sedih, sama juga keputusannya. Sebutir pun tak kena. Tergigil-gigil anggota  tentera itu menghadap kaptennya. 
"Maaf tuan! Tersasar lagi tuan!!!!"
Kapten yang tengah angin satu badan pun apa lagi, memekik 
"Engkau ni memang @#$%^&*. Kalau macam ni baik engkau pergi belakang berek, tembak kepala sendiri. Pergi sekarang jugakkk!!'

tentera
Kerana patuh dengan arahan, anggota tentera yang lurus bendul itu pun pergi ke belakang berek. Beberapa saat kemudian terdengarlah bunyi tembakan dilepaskan. DAM! DAM! Ketika si kapten dan anggota-anggotanya panik dengan apa yang berlaku, si tentera yang disangka mati itu tiba-tiba keluar dari belakang berek dan berlari ke arah kaptennya. "Maaf tuan! Tersasar lagi!"

Moral cerita:
Kita hendaklah sentiasa berhati2 dalam memberi arahan atau nasihat kepada sesiapa pun dan berfikirlah dengan bijak sebelum mengambil apa2 juga tindakan.


Credit to Majalah Mastika

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
huhuhu nsib bek tersasar...bendul tul r askar tu hihihi..tp bgui jgk entri ni chekgu...ada pengajaran~thanks for the sharing
1 reply · active 637 weeks ago
hehe..jgn kite jd camni sudahlah..
tp kdg2 kite xperasan yg kite sbenarnya cmni..hehe
yeke tersasar?
1 reply · active 637 weeks ago
nmpknye cmtu tu la afni..
ada kbaikan gak tsasar ni kan?
huhu...Entry yg menarik..Maaf lh bru kli nihh komen ke entry kamoo...
2 replies · active 637 weeks ago
hehe..takpe
kita same2 kongsi idea yer..
comel la entry ni.. hehehe
2 replies · active 637 weeks ago
chekgu anitt's avatar

chekgu anitt · 637 weeks ago

hehe..tuan dia pn comeiy gak..
hahahhahahahadooiiii.....

Post a new comment

Comments by