Selepas jasad Rasulullah SAW diletakkan di dalam kubur dan semua orang naik, Mughirah bin Syukbah mencampakkan cincinnya ke dalam kubur. Dia memberitahu cincinnya terjatuh ke dalam kubur. Ahli keluarga Rasulullah menyuruh dia turun mengambilnya. Dia pun turun dan mengambil cincin tersebut sambil menyentuh jasad Rasulullah. Katanya, "Sebenarnya, aku teringin sangat hendak menjadi orang terakhir yang menyentuh jasad pesuruh Allah."
Jumaat, Januari 25, 2013
LELAKI PENCINTA YANG SEBENARNYA
Assalamualaikum..
Rasulullah SAW telah patah gigi di dalam Perang
Uhud dan berita ini sampai kepada Uwais
al-Qarni. Uwais yang tidak dapat
menyertai perang tersebut kerana menjaga ibunya yang uzur di rumah sanggup
mematahkan giginya sendiri kerana hendak merasai apa yg Rasulullah telah rasai.
Ada seorang saudagar minyak wangi di Madinah. Setiap kali sebelum ke pasar, dia akan
singgah dahulu ke rumah Rasulullah SAW. Dia akan menunggu Rasulullah keluar dari
rumah. Setelah Rasulullah keluar, dia akan mengucapkan salam, memandang Rasulullah
dan setelah puas dia akan pergi. Suatu hari setelah dia bertemu Rasululllah dan
pergi ke pasar, dia kemudian berpatah
balik dan pergi berjumpa Rasulullah. Dia meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah. Saya takut tidak dapat
melihat tuan seperti ini lagi.”
Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah,
beliau menginap sementara di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua
tingkat dan Abu Ayyub tinggal di tingkat atas manakala Rasulullah SAW di tingkat bawah. Pada waktu malam, Abu Ayub
dan isterinya tidak sanggup berjalan dan menggerakkan tubuhnya. Semua terbujur
seperti bongkah kayu menahan diri untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau bergerak,
debu-debu dari tingkat atas akan jatuh dan terkena Rasulullah. Setelah Rasulullah
mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu diajarkan Abu Ayyub sebuah doa
sebagai penghargaan beliau keatas cinta tulus Abu Ayub.
Dalam Perang Uhud, ketika kaki Rasulullah SAW
terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia memegang
kaki Rasulullah, lalu dia membersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah terkejut
lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak, Ya Rasulullah. Aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”
Rasulullah SAW sedang menyedia dan membariskan
pasukan perangnya. Ada seorang sahabat, mungkin kerana perutnya terlalu buncit,
perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah datang dan memukul
perutnya. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus
untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Rasulullah
turun dari kudanya dan menyerahkan alat pemukul itu lalu berkata: “Pukullah
aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tetapi engkau
memukul terus kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya
dan tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya. Rasulullah
terkejut dan berkata: “Kenapa begini?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang
perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir aku bertemu denganmu.
Aku ingin mencium perutmu yang mulia sebelum meninggal dunia."
Mu’adz
bin Jabal
menangis teresak-esak sehingga beliau pengsan kerana mendapat berita tentang
kematian Rasulullah SAW.
Selepas jasad Rasulullah SAW diletakkan di dalam kubur dan semua orang naik, Mughirah bin Syukbah mencampakkan cincinnya ke dalam kubur. Dia memberitahu cincinnya terjatuh ke dalam kubur. Ahli keluarga Rasulullah menyuruh dia turun mengambilnya. Dia pun turun dan mengambil cincin tersebut sambil menyentuh jasad Rasulullah. Katanya, "Sebenarnya, aku teringin sangat hendak menjadi orang terakhir yang menyentuh jasad pesuruh Allah."
Selepas jasad Rasulullah SAW diletakkan di dalam kubur dan semua orang naik, Mughirah bin Syukbah mencampakkan cincinnya ke dalam kubur. Dia memberitahu cincinnya terjatuh ke dalam kubur. Ahli keluarga Rasulullah menyuruh dia turun mengambilnya. Dia pun turun dan mengambil cincin tersebut sambil menyentuh jasad Rasulullah. Katanya, "Sebenarnya, aku teringin sangat hendak menjadi orang terakhir yang menyentuh jasad pesuruh Allah."
Bilal
bin Rabah
yang selalu membaca adzan semasa Rasulullah SAW masih hidup tidak mahu membaca adzan lagi
setelah wafatnya Rasulullah. Ini kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasulullah” kerana
merasa sangat hiba dengan ketiadaan Rasulullah. Tetapi kerana desakan Saiyidatina
Fatimah yang sangat rindu mendengar suara adzan Bilal dan mengingatkan beliau
akan ayahandanya, Bilal akhirnya membaca adzan. Ketika Bilal sampai pada
kalimah Asyhadu anna Muhammad Rasulullah,
Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis teresak-esak. Dia
turun dari mimbar dan minta izin dari Saiyidatina Fatimah untuk tidak lagi membaca
adzan. Ketika Bilal berhenti saat membaca adzan itu, seluruh Madinah menangis dan bersedih kerana
kerinduan kepada Rasulullah.
Tsauban
r.a
sangat menyayangi Rasulullah SAW dan hatinya selalu merindukan Rasulullah.
Sehari saja tidak bertemu Rasulullah, rasanya seperti setahun baginya. Dia
ingin bersama Rasulullah setiap waktu. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia akan bersedih,
murung dan seringkali menangis. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah dan
berkata, “Ya Rasulullah, saya sebenarnya
tidak sakit, saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu
walaupun sekejap. Jika sudah bertemu barulah hati saya menjadi tenang dan gembira
sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati ini bertambah cemas dan takut
kalau-kalau tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang
tinggi. Sedangkan saya belum tentu, entah di syurga paling bawah atau yang
paling mencemaskan, kemungkinan tidak dimasukkan ke syurga langsung. Jika
demikian, tentu saya tidak akan bertemu denganmu lagi.” Rasulullah sangat terharu
mendengar kata-kata Tsauban. Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana
balasan syurga atau neraka itu hak dan urusan Allah. Maka setelah peristiwa
itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW yang berbunyi; “Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan
bersama-sama dengan orang- orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi-nabi,
para siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang salleh. Dan mereka
itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Surah an-Nisaa:69). Mendengar jaminan itu
Tsauban pun tersenyum. Hatinya menjadi tenang dan gembira kembali.
CA: Ini hanyalah sebahagian kecil dari lelaki2 yang
mencintai Rasulullah SAW. Bagaimana pula agaknya cinta dan kasih sayang
sahabat2 baik Rasulullah seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khatab, Abdul
Rahman bin Aus dan ramai lagi. Tentu cinta mereka lebih hebat dari ini. Dan bagaimanakah
pula cinta kita kepada Rasulullah?
Comments (4)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
LELAKI PENCINTA YANG SEBENARNYA
2013-01-25T05:43:00+08:00
Unknown
informasi
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
nor azzwaa · 635 weeks ago
andai dapat ku tatap wajahmu..
kan pasti mengalir air mataku..
kerana pancaran ketenanganmu..
♥ rasulullah s.a.w
chekgu anitt 55p · 635 weeks ago
smoga kita juga tmasuk dlm golongan yg dberi syafaat nnt..
waiman takwa · 635 weeks ago
chekgu anitt 55p · 635 weeks ago