Sabtu, Januari 05, 2013

SYAITAN MENGEJUTNYA UNTUK SOLAT?

Assalamualaikum..

lelaki sedang bersolat
Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing.

"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh padahal kau amat benci kepada orang yang bersolat?" Tanya Sheikh
"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh." Jawab syaitan.

Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, "Kenapa?"

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
"Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan lain yang lebih banyak dan lebih serius." Kata syaitan.

Tambah syaitan itu lagi..
"Kau akan bersedekah. Kau akan mengajar dengan lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawan aku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kau solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti."

Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.
Sumber: Majalah Solusi

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
dah agak . mesti ada muslihat syaitan ni
1 reply · active 637 weeks ago
stiap tindakan syaitan ada agendanya..
ya Allah sampai begitu sekali liciknya syaitan ini ye...thanks for the sharing...seronok baca, akan diingati selalu~
1 reply · active 637 weeks ago
sharing is caring..
sharing is caring..hehe.. thanks
1 reply · active 637 weeks ago
insya Allah, kita sama2 kongsi yer..
banyak info kat blog nie...
1 reply · active 637 weeks ago
jom kita pakat sharing ramai2..hehe
terima kasih sharing ni..memg syaitan tue berterusan sesatkan manusia..tapi depa pun nak kerja taknak penat..hihi :P
1 reply · active 637 weeks ago
blawan dgn setan ni sampai habis nyawa la..
dorang ni xpernah cuti dn mc..
mcm2 kn?
1 reply · active 637 weeks ago
setan xprnh lupe dgn tugas dia..
kite jer yg slalu lupe dgn tugas kite..huhu

Post a new comment

Comments by