Sabtu, Januari 12, 2013

MESEJ CINTA DARI JURUTERA INGGERIS

Assalamualaikum..

Hihi..best tak tajuk entri CA ni? Romantis gitu. Memang CA dapat mesej romantis dari jejaka kacak berbangsa Inggeris hari ni. Kata-katanya membuat CA terasa di awan-awangan dan hidung kembang semacam. CA belum kenal dengan dia tetapi dia tak putus-putus menghantar pesanan romantis kepada CA. Dah lama CA tak dapat mesej camni. Tu yang bila dapat, terus terbang ke awan biru dengan menggunakan hidung yang  dah semacam jer kembangnya ni..hahaha.

Dulu selalu gak CA dapat mesej camni tapi sejak dah tak aktif berFB, mesej pun dah kurang. CA pernah dapat mesej dari lelaki Iran, USA dan Afrika. Mereka ni rajin benar menghantar mesej yang memuji kecantikan CA walaupun sebenarnya tak pernah kenal dan jumpa (hahaha..terperasan lak CA). Skang ni lelaki dari England lak nak cuba nasib. Mamat ni dah la hensem, kerja pun bagus..untung CA kan.. Skang ni dia tengah tunggu CA reply mesej tu..hehehe

asmara maya
Hahaha..dorang semua ingat CA ni bodoh sangat ke sampai nak terjerat dalam perangkap dorang. Dorang mesti nak jadikan CA ni keldai dadah atau pun mungkin nak rompak CA tanpa sedar. Maklumlah skang ni jenayah siber (termasuk asmara maya ni) dah makin berleluasa. Ramai pengguna internet (terutamanya pengguna laman sosial) yang kena tipu, lebih2 lagi pengguna wanita.

asmara maya
Dalam paper hari ini gak CA baca ada suri rumah di negeri pantai timur yang ditipu oleh lelaki di FB sehingga beliau sanggup berhabis RM20K untuk diberi kepada lelaki tersebut. Kisah beliau bukan kisah baru di Malaysia tetapi kisah yang sering berlaku. Kadang-kadang terfikir gak CA bagaimana seorang wanita yang berpendidikan tinggi yang bekerja seperti pensyarah atau doktor boleh terpedaya dengan lelaki yang tak pernah dikenali.

Tapi pensyarah CA masa kat U dulu pernah kata, wanita ini kelemahannya pada suara dan kata-kata manis. Katanya, cinta wanita bermula dari telinga baru sampai ke hati berbanding cinta lelaki yang mula dari mata jatuh ke hati. Memang betul apa yang pensyarah CA tu cakap. Kalau kita tengok wanita2 Melayu skang ramai yang bercinta dengan gagak hitam Afrika. Dorang tu kalu ditengok dari fizikal memang tak lalu kita nak wat ipar tetapi mungkin mereka ini kaya dengan kata2 manis yang mampu mencairkan hati.

Kepada wanita di luar sana, tolonglah berhati2 dengan perkara2 seperti ini. Kerajaan sendiri telah banyak memberi peringatan kepada kita, jadi bertindaklah mengikut iman dan bukan nafsu. Jangan mudah percaya dengan lelaki2 antarabangsa ini. Kita skang pun dah cukup bermasalah dengan lelaki tempatan dah ni. Ingatlah, bila anda terjebak bukan diri anda sahaja yang susah tetapi keluarga, masyarakat dan negara juga akan ikut susah.

Hati-hatilah pengguna internet semua.. 

Comments (28)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
salam cikgu anitt :)

menarik entry cikgu ni...kadang2 yg mengaku mat saleh hensem tu menyamar jer...tapi sebenarnya mamat afrika...

ayie ada buat entry dulu....kat afrika ada sekolah sulit yg mengajar bagaimana nk menipu/memerangkap perempuan...

syukur cikgu anitt awal2 lagi dah sedar...lebih2 lagi pasal kes jadi keldai dadah tu...bahaya..sekali dah kena susah nk patah balik.
4 replies · active 637 weeks ago
perghh ramai peminat cikgu, hehe
takot lak dengar brite cm2, mudah2 je kan wanita2 mesia ni kne tpu
kdg2 yg kne tpu 2 bkn yg biase2 tp berpelajaran..
mintak djauhkan, n kalo nk lg selamat, kawen cepat, haha
pape pon, sy like entry ni! korang2 sume bace ni, ^0^
1 reply · active 637 weeks ago
Betul ramai yang penipu di fb internet. Mybrother keje polis bahagian commercial crime dan dia selalu cerita kes-kes macam ni.
1 reply · active 637 weeks ago
haha kelemahan perempuan adalah kata-kata manis dari lelaki..tepat skali
1 reply · active 637 weeks ago
kesian sy tengok awek2 melayu ni yg sangkut kt awang hitam afrika sekarang....takkan masih buta mata lagi dah tau skrg ni smua nk dijadikan hamba dadah, hamba seks itu ini... hrp pihak brkuasa amek tindakan keras.
2 replies · active 637 weeks ago
Kena tengok diri sndri.. kena pndai menilai mana baik mana buruk.. kalau tak, boleh terjerat menyesal seumur hidup.. tak boleh mudah percaya dgn org yg x kenal.. lagi2 dlm fb ni.. sedangkan masa kita kecik2 dlu pun mak ayah pernah ajar jgn bergaul dgn org yg kita x kenal..
1 reply · active 637 weeks ago
bunda pernah beberapa kali yg menyamar dgn letak gambar mat saleh hensem...bolayan..block terus..ntah2 negro mane menyamar jer tu..hai! macam2 orang nak cari kesempatan...kite sendiri harus berwaspada..
1 reply · active 637 weeks ago
amboi CA.. ramai peminat noh.. nk sorg bole? hahaha
1 reply · active 637 weeks ago
mama tunz pun selalu dpt mesej mcm tu kat fb...mmg x reply pon..mcm lah kita ni budak bodo...pena ada kwn dh tertipu..dia ibu tunggal...really..naseb baik mama tunz x tergoda..kakkaka
1 reply · active 637 weeks ago
hisshhh...menakutkan fenomena dunia skg ni.
kalau dulu nk tipu setakat sebelah kampung aje.
la ni, seberang negara pun jadi.
neway, kita mmg perlu bijak, or else kita jugak yg terjerat.
tahniah sis, sebab tergolong dlm mere ka yg sentiasa berwaspada
1 reply · active 637 weeks ago
salam..
klu hati kenan tang tu payah nak patah balik.wanita suka puji hee... baik jauhkan alahai..klu tak mkn dir nnti.
sy minta maaf sgt [d admin sb lewat jejak blog awk.hrp awk tak kecik hati eh..

terima ksh sb sudi tingglkan komen, jejak d blog sy.amat di hargai
1 reply · active 637 weeks ago
betul tu mcm2 taktik skrng nie nk perangkap org. semoga byk berhati-hati :)

#letak laa comment luv bru syok leh tggal link
1 reply · active 636 weeks ago

Post a new comment

Comments by