Assalamualaikum..
Sahabat, aku cuba menjadikan
sunnah Rasulullah dalam bersahabat dengan mu. Aku membulatkan hati menyayangi
mu kerana Allah semata. Aku tidak mengharapkan balasan, cukuplah sekadar aku
memberi kasih sayang.
Tetapi aku manusia yang lemah
jiwanya, mudah tersungkur tatkala dikecewa. Apabila dikhianati, separuh jiwaku
hilang, ia terbang melayang. Aku menjadi sangat kecewa, dihimpit rasa penuh
duka. Hatiku lumpuh dan akhirnya kosong.
Sahabat, aku bukan kejam. Tetapi
kecewa ini yang merejam dan menikam. Aku mula menjauhkan diri darimu. Tidak
lagi melayan kerenah manismu, sedangkan itu yang sangat aku rindu. Aku semakin
pergi, sahabat. Dan aku menjadi semakin keliru bila kau bertindak bagaikan
setuju.
Hari ini, kita adalah orang asing
tanpa suara. Tiada lagi khabar berita, mahu pun gelak ketawa. Kita seperti tak
akan pernah berkongsi cerita, tiada rasa. Aku sering tertanya, adakah hidup kau
telah bahagia dan penuh sempurna? Adakah telah kau temui insan paling istimewa?
Sahabat, pernah jua aku bersoal
mengapa begini akhirnya kita. Tapi aku sedar, tiada jawapan pada sesiapa. Hanya
pada Allah, aku serah segala.
"Ya Allah jangan
biarkan kami di dalam murka-Mu, pimpinlah kami
dan tunjukkan kami
jalan benar ke syurga-Mu"
Terima kasih sahabat kerana
menjadi guruku yang paling dekat, yang banyak memberikan manfaat. Sahabat, jua
maafkan aku kerana tidak mampu untuk bersamamu seperti dulu. Hanya Allah yang
tahu betapa setiap waktu kau aku rindu.
Hanya syurga untukmu, sahabatku..
Hanya syurga untukmu, sahabatku..
KEREN MBaak. .
BalasPadamDapat inspirasi dari mana??
dari pengalaman riedwhan..
Padamkehilangan akn mbuatkan kita tabah dn lbh semangat..
singgah malam
BalasPadamdrypers satu...
tenkiu akak sbb singgah..hehe
PadamAssalam. Boleh saya minta izin nk copy nukilan ni..
BalasPadamAssalam. Boleh saya minta izin nk copy nukilan ni..
BalasPadamTerbaek
BalasPadamTerbaek
BalasPadam