Sabtu, Julai 06, 2013

SAHABAT: TERLUKA TANPA SUARA


Assalamualaikum..
friend
Sahabat, aku cuba menjadikan sunnah Rasulullah dalam bersahabat dengan mu. Aku membulatkan hati menyayangi mu kerana Allah semata. Aku tidak mengharapkan balasan, cukuplah sekadar aku memberi kasih sayang.

Tetapi aku manusia yang lemah jiwanya, mudah tersungkur tatkala dikecewa. Apabila dikhianati, separuh jiwaku hilang, ia terbang melayang. Aku menjadi sangat kecewa, dihimpit rasa penuh duka. Hatiku lumpuh dan akhirnya kosong.

Sahabat, aku bukan kejam. Tetapi kecewa ini yang merejam dan menikam. Aku mula menjauhkan diri darimu. Tidak lagi melayan kerenah manismu, sedangkan itu yang sangat aku rindu. Aku semakin pergi, sahabat. Dan aku menjadi semakin keliru bila kau bertindak bagaikan setuju.

Hari ini, kita adalah orang asing tanpa suara. Tiada lagi khabar berita, mahu pun gelak ketawa. Kita seperti tak akan pernah berkongsi cerita, tiada rasa. Aku sering tertanya, adakah hidup kau telah bahagia dan penuh sempurna? Adakah telah kau temui insan paling istimewa?

Sahabat, pernah jua aku bersoal mengapa begini akhirnya kita. Tapi aku sedar, tiada jawapan pada sesiapa. Hanya pada Allah, aku serah segala.

Sahabat, andainya ini perpisahan kita, doakan ia perpisahan yang penuh redha. Mungkin ada rahsia yang belum dapat kita baca. Mungkin juga pertemuan kita dulu bukan kerana Allah semata. Kita mengikut nafsu dan lari dari cinta-Nya.

"Ya Allah jangan biarkan kami di dalam murka-Mu, pimpinlah kami
dan tunjukkan kami jalan benar ke syurga-Mu"
friend
Terima kasih sahabat kerana menjadi guruku yang paling dekat, yang banyak memberikan manfaat. Sahabat, jua maafkan aku kerana tidak mampu untuk bersamamu seperti dulu. Hanya Allah yang tahu betapa setiap waktu kau aku rindu. 

Hanya syurga untukmu, sahabatku..

8 comments :