Jumaat, Mei 24, 2013

PENGAJARAN DARI SEEKOR LALAT

0 comments

Assalamualaikum..

Beberapa ekor lalat berterbangan riang  di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian ternampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah tersebut. Si lalat itu terus menuju ke meja makan yang penuh dengan makanan yang lazat.

"Saya sudah bosan dengan sampah-sampah itu. Ini masanya untuk saya menikmati makanan yang enak-enak," katanya. Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju ke pintu yang digunakan untuk masuk tadi. Namun ternyata, pintu kaca itu telah tertutup rapat. Si lalat hinggap di kaca pintu dan memandang kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangannya. Seolah-olah mereka meminta agar dia kembali bersama dengan mereka.

Jumaat, Mei 17, 2013

IS TOO GOOD TO BE TRUE

0 comments

Assalamualaikum..

wedding
Pasangan suami isteri yang hampir setahun berkahwin memulakan perbualan. Si isteri berkata kepada suaminya, "Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah bagaimana cara untuk memperkukuhkan perkahwinan kita" katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Kita akan mencatatkan hal-hal yang tidak kita sukai tentang pasangan kita. Kemudian, kita akan berbincang bagaimana untuk mengubah perkara tersebut dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia ..."

KETIKA AKU MULA TUA

0 comments

Assalamualaikum..

old man

Ketika aku sudah tua, aku bukan lagi aku yang mula.
Mengertilah..bersabarlah sedikit terhadap aku.

Rabu, Mei 15, 2013

DI SEBALIK DEBU KEHINAAN, ADA KELEBIHAN

0 comments

Assalamualaikum..

Tanah yang kita pijak setiap hari adalah simbol kehinaan dan kerendahan di mata kita. Debu yang berterbangan sangat menyusahkan kerana ia menyebabkan perabut kotor dan terjejas.

Demikian gambaran kedudukan debu dan tanah  yang berada di sekeliling kita. Kerana itu, apabila Allah SWT mensyariatkan tayamun menggunakan debu sebagai ganti air, ia adalah satu tarbiah Allah SWT terhadap hamba-hambanya supaya sentiasa sedar kedudukan mereka.

Sabtu, Mei 11, 2013

INI PANDANGAN ATAU SIKAP KITA?

0 comments

Ahmad dan Aminah keluar makan bersama bagi kali pertama. Ahmad berazam akan bergembira dengan Aminah. Aminah tertumpah kuah tomyam ke atas ribanya. Kata Ahmad, "Biar saya tolong bersihkan." Aminah hilang kunci rumahnya. Kata Ahmad, "Saya pun selalu begitu."

Tiga tahun berlalu. Aminah dan suaminya, Ahmad keluar makan malam. Aminah tertumpah kuah tomyam ke atas ribanya. Kata Ahmad, "Awak ni tak senonoh." Aminah terlupa kunci rumah. Kata Ahmad, "Awak memang pelupa."