Selasa, Disember 04, 2012

KEBIJAKSANAAN SAIYIDINA ALI

Assalamualaikum..

Suatu hari semasa Saidina Ali memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
love knowledge
"Wahai Ali, benarkah Rasulullah s.a.w berkata, saya (Rasulullah) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?" tanya salah seorang daripada lelaki itu.
"Memang benar." Jawab Saidina Ali.
Lelaki pertama bertanya, "Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"
"Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta." Jawab Saidina Ali.
"Apa dalilnya, wahai Ali?" tanya lelaki itu.

duit emasSetiap lelaki telah bertanya soalan yang sama tetapi Khalifah Ali bin Abi Talib dapat memberi 10 jawapan yang berbeza.
  • Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul tetapi harta itu warisan Qarun, Firaun dan Syaddad.
  • Ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.
  • Orang yang mempunyai banyak harta ramai musuhnya tetapi orang yang mempunyai banyak ilmu ramai kawannya.
  • Ilmu itu tidak boleh dicuri tetapi harta boleh dicuri dan dirampas.
  • Harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu jika diamalkan akan bertambah.
jongkong emas
  • Orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati tetapi mereka yang banyak ilmu itu pemurah dan disanjungi.
  • Pemilik harta akan dihisab di hari kiamat tetapi ilmu pula akan memberi syafaat kepada pemiliknya pada hari tersebut.
  • Harta menjadikan pemiliknya keras hati tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.
  • Harta semakin lama disimpan ia semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.
  • Pemilik harta akan berkata harta itu miliknya tetapi pemilik ilmu berkata ilmu itu milik Allah.

ilmu allah
Orang ramai merasa kagum dengan jawapan yang diberi oleh Saidina Ali. Saidina Ali berkata, "Seandainya 100 orang yang datang bertanya soalan itu, aku dapat memberi 100 jawapan yang juga berbeza."





6 comments :

  1. pernah dengar..tapi takpe..sebab kadang2 kita lupe..saling ingat mengingati...:)

    BalasPadam
  2. Sungguh benar adanya, bahwa ilmu lebih bermanfaat dari harta. Subhanallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingat pesanan Ilahi..
      utk dibawa ke akhirat nnt..

      Padam
  3. sama2 kita saling ingat mengingati..tksh..

    BalasPadam