Sabtu, Disember 22, 2012

BENDA BERCAKAP DI RUMAH

Assalamualaikum..

old television
Anda semua tahu tak apa yang ada dalam gambar di atas tu? Pernah tengok? Kalu yang muda2 remaja mesti tak pernah tengok benda ni. Inilah television@tv zaman 70an. Korang pun mesti tak lahir lagi kan masa tu..hehe. Inilah bende kegemaran CA masa kecik2 dulu. Walau masa tu CA kecik lagi dan belum kenal huruf pun, tapi benda ni CA dah kenal..(nampak sangat minat hiburan..hehe) 

Tv dikira barang mewah pada zaman itu dan kat rumah CA belum ada lagi benda ini. Yang hebatnya, kat rumah nenek CA dah ada tv. Jadi bila abah dan mama ajak pergi rumah nenek, CA memang suka sebab boleh tengok benda bercakap ni. 

tv lama
Bila nak tengok tv ini, kita kena bukak sliding door dia. Lepas swith on, kena tunggu sekejap untuk cari channel. Aku ingat ada 2 channel jer masa itu, TV1 dan TV2 tapi itu pun susah nak dapat. Walaupun kalernya hitam putih, tapi dah best sangat. Kami sekeluarga akan berkumpul ramai2 tengok cerita polis CHIPS..best cite ni..

tv lama
Awal 80an baru abah CA beli tv. Masa tu tv dah ada kaler dan lagi best bila ada channel TV3. Bila petang, ramai jiran2 datang rumah tengok tv terutamanya bila ada cerita hindi. Malam pulak dorang datang untuk tengok rancangan gusti. Memang happening.. macam kat pawagam lak rasanya..

Sekarang, mana ada lagi senario seperti ini. Setiap rumah dah ada tv dan ada yang memiliki 2-3 biji tv dalam satu rumah. Tvnya pulak yang superb gitu..siap dengan internet segala. Tapi sayang, kadang2 kita sorang diri jer yang menonton..yang lain sibuk dengan program sendiri..

3 comments :

  1. hahaha..teringat kamik ada TV yang gambar di atas..antik.awak masih simpan pula kan..suka tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kt umah nenek ada simpan lg tv ni..
      nk jual 30thn lg..hehe
      brg antik tmahal di msia..hehe

      Padam