Sabtu, Disember 08, 2012

TERLANJUR ATAU BERZINA

Assalamualaikum..

anak luar nikah
Hari ini CA baca paper dan beritanya tak habis2 tentang cerita remaja kita yang terlanjur. CA sebenarnya dah naik muak dengan perkataan terlanjur ni.."Terlanjur melakukan hubungan seks"

Apa yang CA belajar semasa kat sekolah dulu, kalau ada imbuhan 'ter', itu maksudnya perbuatan tidak sengaja. Contohnya "terjatuh" yang bermaksud jatuh secara tidak sengaja. Jadi adakah remaja2 kita ini tidak sengaja melakukan zina?

keratan akhbar
Bagi CA penggunaan istilah ini tidak tepat dan yang paling sesuai ialah berzina!. Bunyinya agak kasar tetapi inilah istilah yang digunakan di dalam al-Quran. Mereka bukannya tidak sengaja melakukan zina. Mereka bertindak step by step sehingga berlakunya zina tersebut. 

keratan akhbar
Penzinaan ini tidak akan berlaku jika tidak berdua-duaan seperti bercouple. Bila berdua-duaan akan berlaku saling pandangan, sentuhan dan kemuncaknya ialah penzinaan. Dan ini semua berlaku day by day. Kalau di tempat awam seperti di kelas, bilik kuliah dan sebagainya (bila ada manusia lain), tidak akan berlaku 'terlanjur berzina" ini tetapi yang mungkin berlaku ialah "terlanjur cakap" sahaja.

avoid zina
Apa yang CA diperhatikan sekarang ialah kemungkaran telah menjadi satu budaya di Malaysia. Kemaksiatan tidak lagi dianggap sebagai kemungkaran. Budaya couple didedahkan dengan meluasnya di dalam filem dan drama. Pasangan yang bercouple dengan sebebasnya boleh bersentuhan dan berpelukan. Dan ini lah step yang CA sebutkan tadi..step ke arah berzina.

Apabila mereka sudah berzina dan perbuatan mereka ini diketahui oleh orang lain, pandai pulak dorang covered istilah tu jadi "terlanjur". Seolah-olah semua itu berlaku secara tidak sengaja..hampehh tul..(sorry CA memang tak suka sikap yang camni)

avoid zina
Kepada remaja di luar sana, hargai diri dan maruah anda. Jauhi diri anda dari semua cabang zina seperti anda menjauhkan diri anda dari seekor singa lapar..


Sesuatu yang dilakukan oleh orang ramai walaupun nampak betul tetapi ia tidak semestinya benar. 

6 comments :

  1. hmm dunia akhir zaman . semua bermula dengan kapel la . kann . kalau nafsu menguasai , macam2 boleh jadi .

    BalasPadam
    Balasan
    1. nafsu ialah musuh yang paling dicintai..

      Padam
  2. kalau sedang berdua2an, yang ketiga itu syaitan !

    BalasPadam
  3. Dunia dah makin tua.. maksiat semakin menjadi2..
    isk, tak tau lah nak jadi apa kan..mohon di jauhkan..
    salam kenal cikgu..singgah & follow sini #150..
    klu sudi follow sy juga ye..TQ :)

    BalasPadam
  4. puncanyaa sebab 'bercouple' :)

    BalasPadam
  5. sokong tuan tanah...mak ayah patut pantau anak-anak...kat tmpt aku ni...azan maghrib pun ade lagi yang berkeliaran tak balik rumah...perempuan pun sama naik...zaman aku dl....kl dah maghrib tak nampak btg idung kat rumah...mmg makan rotan la jawapnya....

    BalasPadam