Sabtu, Disember 29, 2012

HEBATKAH CINTA PEMUDA INI?

Assalamualaikum..
  • Saya suka sangat tengok jari-jemari GF saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila. Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
pasangan manis berhubung melalui telefon mainan
  • Saya suka sangat tengok body GF saya..sexy betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung.. supaya masa dating dengan kekasih Yang Maha Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri. Saya pun tumpang dapat pahala..syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok GF saya tak tidur dan tak makan sebab rindukan saya. Saya pun rindu dia gak. Dia tanya, "Apa ubatnya, ayang?" Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • Saya sedih tengok bila dia selalu pesan macam2; "Jaga makan minum, jaga diri dan  pandu kete elok2. Kalu nanti ayang sakit, saya juga yang susah..bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama2, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tak kata satu apa. Aduuuuuuh..berdosanya saya!
  • Saya memang sayang kat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama2 dia dan cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia, berkasih sayang di akhirat dan berdating di syurga kerana di situlah tempat kekal selamanya.

Doakan kami yer.. Semoga saling ingat-mengingati dan insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami..semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurga nanti. Amin..

Kalau cinta ini hebat, adakah cinta kita juga sehebat ini?

Pasangan yang minta dijauhkan dari gadaan syaitan

Sumber: Majalah Mastika

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
cikgu anitt tambah i luv comment.....

mudah mudahan... kita mampu merancang... hidup mati di tangan Tuhan... semoga berbahagia hingga kesyurga :)
1 reply · active 640 weeks ago
dh tmbh dh..tp xtau la tul ke x
tp bbanding comment n3 yg tdahulu mmg format lain dh ni..
nice info
1 reply · active 640 weeks ago
sharing is caring..
menyampah dgn laki mulot manis ketiak hangit
1 reply · active 640 weeks ago
itu mamat bangla mee..
kna hati2 tau..
amin..nk yg cm tu...
1 reply · active 639 weeks ago
hehe..chekgu pn nk yg cmtu gak..
same2 kita doakan yer..
thanks...like this...
1 reply · active 639 weeks ago
tenkiu..like u 2..

Post a new comment

Comments by