Isnin, Disember 03, 2012

NASIB BAIK ATAU NASIB MALANG

Assalamualaikum..


kanak-kanak berkuda
Pada suatu masa dahulu ada seorang petani. Dia mempunyai seorang anak lelaki dan seekor kuda. Pada suatu hari, kuda petani itu lari dan semua jirannya datang untuk bersimpati. Mereka berkata, "Alangkah malangnya nasib, kuda awak lari". Orang tua itu menjawab, "Siapa tahu nasib baik atau nasib malang."
"Tentu sekali nasib malang!" kata jiran-jirannya.

kuda
Dalam seminggu, kuda petani itu pulang, diikuti oleh dua puluh ekor kuda liar. Jirannya datang untuk meraikan dan berkata, "Alangkah baiknya nasib, kuda awak pulang dengan dua puluh ekor kuda lagi!" Orang tua itu menjawab, "Siapa tahu nasib baik atau nasib malang!"

Keesokannya, sedang anak petani itu menunggang kuda di antara kuda-kuda liar itu, dia terjatuh lalu patah kakinya. Jiran-jiran datang untuk bersimpati dan berkata, "Alangkah malangnya nasib."  Petani itu berkata,  "Siapa tahu nasib baik atau nasib malang." Sesetengah jiran itu meradang dan berkata, "Tentulah nasib malang kalau sudah seperti ini, orang tua bodoh!"

soldier
Selepas seminggu, tentera datang dari bandar  lalu mengerah semua pemuda yang tegap untuk berperang di tanah besar. Anak petani itu kerana patah kakinya, tidak dibawa pergi. Semua jiran datang untuk meraikan dan berkata "Alangkah baiknya nasib, anak awak tak dibawa pergi!"

Petani itu berkata, "Siapa tahu?"


Moral Cerita: Kalau kita mahu hidup yang tenteram, jangan labelkan setiap perkara sebagai baik atau buruk. Berkatalah pada diri  "Tiada yang kebetulan dalam hidup ini. Aku berada di mana aku seharusnya berada".

4 comments :

  1. susah diamalkan tp xmustahil..
    jom kita setuju ramai2..

    BalasPadam
  2. ya setuju :D
    golek2 sampai sini, salam kenal ;D
    jemput join contest menarik

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/12/contest-kalender-2013-eksklusif.html

    BalasPadam
  3. stuju., smua trletak pd pilihan masing2

    BalasPadam