Assalamualaikum..
"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."(Surah Yusuf: 53)
Ya, nafsu..musuh yang paling berbahaya, juga yang paling dicintai. Ia bukan sahaja berada dalam diri kita bahkan ia adalah "DIRI" kita sendiri. Ia dicintai oleh kita walaupun ia sebenarnya sentiasa ingin merosakkan kita. Hiburan yang melalaikan, makanan yang berlebihan, bercakap yang merugikan dan tidur yang berpanjangan adalah perkara yang dibawa oleh nafsu yang sangat kita dicintai.
Dan apabila nafsu bergandingan dengan syaitan, ramai yang akan muflis. Gerak kerja syaitan yang sentiasa kreatif dan konsisten akan dapat menyesatkan manusia. Apabila nafsu dan syaitan melancarkan serangan, mereka tidak akan pernah berhenti. Tiada gencatan senjata..
Setiap masa, ada sahaja taktik dan strategi tipu dayanya. Yang alpa, digesanya tidak bersolat. Yang ingat, dilalaikan ketika mengerjakan solat. Yang selesai bersolat, dihasut menjadi ujud. Yang muda, ditipunya dengan hasutan "masa masih ada". Yang tua, disuntiknya rasa putus asa kerana kesuntukan masa. Akhirnya, ramai yang kalah dalam peperangan ini.
Kemudian, kita cuba berperang dengan musuh lahir (orang kafir) tanpa menyedari yang kita masih dibelenggu oleh musuh batin (nafsu dan syaitan). Kita marah apabila Nabi Muhammad dipersendakan oleh puak kafir tetapi tidak menyedari yang kita sendiri menyeleweng dari sunnah Rasulullah dan syariat Allah. Nabi Muhammad kita sanjung tetapi sunnahnya kita pinggirkan. Kita berani membakar bendera musuh, tetapi tidak berani mengangkat selimut untuk mendirikan solat subuh!.
Adakah kita akan menang dalam pertempuran ini? TIDAK.. Selagi kita tewas dengan musuh batin, kita akan pernah menang dengan musuh lahir.
Sumber : Majalah Al Ustaz 07
Nafsu ni boleh bbuat bagi manusia buta pada kebenaran. Hilang perikemanusiaan. I quote " Datuk rogol cucu". ^_^
BalasPadamperang ini lah yang akan ada dalam diri kita setiap masa sehingga kita mati =( smoga kita dilindungi Allah dari syaitan yang direjam!
BalasPadambetul tu.. selagi yang batin tidak diperangi macam mana nak lawan musuh kafir.. semoga kita semua berjaya memerangi nafsu..
BalasPadamMelawan nafsu merupakan jihad ^^!
BalasPadamSalam hangat dari indon.. ditunggu visitnya :D
BalasPadamPernah baca tentang Nafsu nie.. macam kata Wilma bila kita melawan nafsu itu pun dikatakan satu jihad. Satu kejayaan buat diri sendiri jika berjaya melawan nafsu :)
BalasPadamwajib kna menang bl blawan dgn nafsu ni..
Padamtu laa ikut nafsu jadik lesu.. uHHuuu
BalasPadam