Rabu, Disember 05, 2012

LEBIH TERUK DARI AYAM

Assalamulaikum..
hen

Ni CA nak cerita tentang pengetua sekolah lama CA dulu (kes teringat kat dia lah ni..hahaha). Orangnya pendiam tetapi sangat tegas. 

Salah satu pantang besar pengetua sekolah CA dulu ialah apabila guru menyerah kalah dan melabel pelajar bodoh. Beliau sentiasa menekankan pelajar mesti dididik dan diasuh sehinggalah ke saat akhir.

hen
"Saya tak mahu awak semua jadi lebih teruk dari ayam. Ayam tidak pernah menolak telurnya untuk dieramkan. Malah kalau diletakkan telur dinosaur pun dieramkannya juga. Kalau ada telur yang terkeluar, dikuaknya masuk kembali. Eram semua."

Bila rasa down sesangat dengan budak2, CA akan ingat balik kata2 ini. CA cuba sedaya upaya CA menjadi ibu ayam yang baik (bukan ibu ayam yg satu lagi tu yer..) sehingga macam-macam telur CA dapat. Telur tembelang pun ada..huhu.. 

dinosaur fossil
Kata-kata yang pedas tapi berkesan. Dan selalu gak CA fikir, mampu ke seekor ibu ayam mengeram telur dinosaur? Telur dinosaur kan besar giler..hehe..

Jangan marah Tuan Haji yer.. Terima kasih atas segala tunjuk ajar..

12 comments :

  1. Erm...first time dengan mcm ni...inspired...really, thanks a lot cikgu (eh betulkan cikgu??)

    BalasPadam
  2. hahahaha..betul3..sebaiknya kita didik semua la kan??..tapiii...kekdang ada budak ni degil tahap daki melekat d kulit...susah gila nak sental!!haha..all the best cikgu... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu yg daki melekat ni, kita kna rendam clorox 2,3 ari dulu..
      lps tu bila nk sental kna bwk gi sungai..hehe

      Padam
  3. kata2 smangat y ble sy aplikasikan jg...btw tnx chekgu.. :)

    BalasPadam
  4. teringat cerita Keluarga Iskandar...Susan Lankester kata...jangan kata pada anak2 dengan perkataan BODOH...sebab bodoh ni paling tinggi dr semua caci maki yg lain...logik jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sape2 yg kena pggl 'bodoh' mmg sentap angin dia..
      minta2 dijauhkn dr perkatan itu..

      Padam
  5. Mendalam maksudnya ni...saya buat cerita aku seekor ayam la lepas ni...hehehehehehe

    BalasPadam
  6. kalu nk lg best, wt cite aku seekor ayam jantan..hehe
    ramai nk tau camne khidupan ayam jenis ni..

    BalasPadam