Selasa, Disember 25, 2012

KITA YANG DIGIGIT NYAMUK NI..

Assalamualaikum..
"Dari Abdullah bin Amir Ibn Ass r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya iman akan menjadi lusuh dan buruk di dalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati kamu. (HR Hakim)
kaligrafi nama Muhammad s.a.w
Setelah menang dalam Peperangan Dzat Al-Riqa', tentera Islam pulang menuju ke Madinah. Akan tetapi ada tentera Ghafatan (pihak lawan yang kalah) telah bersumpah untuk membunuh tentera Islam dan mengejar tentera Islam bercara bersembunyi. Tentera Islam terus berjalan pulang sehingga mereka berhenti berkhemah di suatu tempat.

Pada malam itu, giliran Ammar bin Yasir dan Abbad bin Hisyr berjaga malam dan mengawal tentera Islam. Sampai satu masa, Ammar tertidur dan Abbad sedang bersembahyang malam. Abbad berada di kawasan yang paling tinggi supaya dia dapat melihat sebarang pergerakan ke arah tentera Islam.

Karton Busur
Secara senyap2 di dalam kegelapan malam, lelaki Ghafatan tadi telah memanah Abbad yang sedang khusyuk sembahyang dan terkena di bahu. Abbad yang tidak mahu memotong sembahyangnya terus mencabut anak panah tersebut dan meneruskan sembahyang. Dipanahnya Abbad sekali lagi dan Abbad tetap melakukan perkara yang sama. Abbad tidak nampak seperti akan tumbang.

Lelaki Ghafatan itu merasa pelik. Tidak pernah panahannya meleset dan dia memanah buat kali ke tiga. Panahan itu terkena Abbad. Abbad merasa takut akan berlaku perkara tidak baik kepada tentera Islam. Dia turun sujud dan mengejutkan Ammar. Ammar terkejut melihat kecederaan Abbad dan bertanya kenapa tidak mengejutkannya dari awal.

Abbad berkata,"Aku sedang membaca suatu surah yang aku tidak mahu berhenti daripadanya. Kalaulah bukan kerana takutkan keselamatan Muhammad dan tentera Islam, nescaya aku tidak akan berhenti dari sembahyangku."

Ghafatan tadi, apabila tiga kali dia memanah Abbad dan melihat panahannya tidak memberi kesan sedangkan dia pakar memanah, Allah mencampakkan rasa gerun ke dalam hatinya. Dia terus berundur secara senyap2 pulang ke tempat sukunya.

Inilah kehebatan umat Islam pada zaman nabi dahulu. Kalau hendak dibandingkan dengan kita, umpama langit dan bumi. Kita ini, digigit nyamuk semasa bersembahyang pun dah entah ke mana khusyuknye..