Sabtu, Disember 08, 2012

SI PEMBURU SYAHID

Assalamualaikum..

palestine
Semalam CA membaca berita tentang Palestine. Berita tentang pejuang Palestine yang bergelar Komando Qassam. Barisan pejuang itu kini menjadi pasukan paling digeruni oleh Israel kerana tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama. CA percaya ramai yang telah membaca dan mengetahui tentang kisah ini.

palestine
Apa yang CA nak sentuh ialah tentang syarat pemilihan untuk menyertai barisan tentera ini. Pemilihan tentera yang dianggotai oleh golongan muda, terpelajar dan ulama ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan agama yang mendalam. 

Mereka dimestikan berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis, hafal hadis dan al-Quran serta solat tahajjud pada setiap malam. Mereka ini bekerja pada waktu siang dan bertugas mengawasi keselamatan Gaza dari malam sampai ke pagi.

Inilah yang membezakan tentera Palestine dan tentera Israel. Tentera Israel ialah tentera yang pengecut dan takut mati tetapi tentera Palestine ini memang Si Pemburu Syahid.

Bila membaca kisah Komando Qassam ini, CA teringat tentang barisan tentera Sultan Muhammad Al-fateh. Sultan Muhammad Al-fateh  dan tenteranya telah berjaya membebaskan Kota Constantinople (sekarang Istanbul) dari Kerajaan Byzantium (Rom Timur). Ini menepati sabda Nabi Muhammad S.A.W semasa baginda sedang menggali Parit Khandaq 800 tahun sebelum berlaku peristiwa tersebut.

"Constantinople akan dibuka. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (Riwayat Ahmad)

turki
Sultan Muhammad Al-fateh bukan sahaja seorang sultan yang sangat bertakwa dan mentaati hukum tetapi tentera baginda juga sangat mematuhi hukum syariat. 

Seluruh tenteranya terdiri daripada mereka yang sangat menjaga solat lima waktu, rajin berpuasa sunat, menghafal hadis dan al-Quran dan sentiasa bertahajjud malam. Ini semua dirakamkan semasa peristiwa pemilihan imam pertama di Masjid Hagia Sophia.

"Siapa antara kita yang pernah meninggalkan solat fardu sejak baligh walaupun sekali, sila duduk!" kata Sultan Muhammad. Tiada seorang pun yang duduk.
"Siapa antara kita yang pernah meninggalkan solat sunat Rawatib sejak baligh walaupun sekali, sila duduk!" Ada sebahagian tentera duduk.
"Siapa antara kita yang pernah meninggalkan solat Tahajud sejak baligh walaupun satu malam, sila duduk!" Kini, semua tentera duduk kecuali Sultan Muhammad al-Fateh.

turki
Ciri-ciri yang ada pada tentera al-Fateh itu kini terdapat pada tentera Qassam. Walaupun ia tidak sebaik tentera al-Fateh tetapi mereka ini mungkin lebih baik dari tentera2 kita..hehe(jangan marah yer ATM). Dengan ciri ini, mereka membuktikan bahawa Palestine dapat dibebaskan dari Israel Laknatullah. Ini juga berdasarkan hadis yang berbunyi;

"Kiamat tidak terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi. Kaum Muslimin akan membunuh mereka sehingga orang Yahudi terpaksa bersembunyi di belakang batu dan pohon. Maka, batu dan pohon itu pun berkata, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah. Ini ada orang Yahudi dibelakang ku, bunuhlah dia!' Semua pohon akan membantu kecuali pohon Qharqad kerana ia termasuk pohon orang Yahudi". (Riwayat Bukhari dan Muslim )


p/s: dimaklumkan bahawa Zionis Israel telah menanam pokok qharqad di seluruh kawasan Israel dan cuba memperluaskan di seluruh dunia.

9 comments :

  1. komando2 spt ini berjaya kerana menggabungkan konsep al-Falah (kejayaan) sebagaimana seruan azan pada tiap2 waktu solat ('Hayya Alal Falah' = Solat sentiasa dikaitkan dgn kejayaan) dengan perjuangan yg dilalui.

    PERJUANGAN (krn Allah) + AMAL (solat dijaga, al-Quran dan hadis sbg penunjuk) = KEJAYAAN MUTLAK.

    hakikatnya, manusia yang kuat dari segi fizikal dan mental belum tentu mampu mencipta kemenangan yg hakiki.

    oleh itu, kepentingan rohani (batiniyyah pada jiwa) juga diperlukan sbg pelengkapnya. ia ibarat seorang yang pandai, mahir dan berjaya dalam segenap aspek pembelajaran [fizikal dan mental]; namun gagal mempamerkan akhlak dan peribadi yang terpuji [aspek rohani yang sentiasa dilupai].

    wallahua'lam.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas pengetahuan baru ni Cikgu. Terasa kecil pengetahuan saya bila membaca entry ni.

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana berkongsi tentang perkara ini.. terasa cemburu kerana diri tak lah sebaik mereka.. :)

    BalasPadam
  4. pernah terbaca...sukarelawan dr Malaysia nak join diorg...1 malam tu tertidur..esoknya dia disuruh balik je..sbb askar diorg ni..malam2 penuh dengan solat tahajjud...betul ke tidak...Tuhan je yang tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nk jd sperti dorang mmg kna kuat iman..
      kalu stakat kite, blm mmpu agaknye..

      Padam
  5. sungguh hebat kuasa dan peringatan Allah, kita keni sedang menuju ke arah hari kehancuran pada bila2 masa. Wallahualam..tiada mustahil bagi Allah yang maha berkuasa...terima kasih selamat dah baca..

    BalasPadam
    Balasan
    1. smakin dkt kite kpd Allah, akn smakin byk ptolonganNya kpd kite..

      Padam