Ahad, Disember 23, 2012

KENANGAN DI BUKIT GOLAN, PALESTINE

Assalamualaikum..

Selepas sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w berjaya membuka Syam dan Baitulmaqdis pada zaman Umar Al-Khatab, Umar telah datang sendiri ke Palestin untuk menerima kunci Baitulmaqdis setelah berjaya membebaskannya dari tangan Rom. Umar kemudian memanggil semua sahabat dan pasukan tentera berkumpul di Bukit Golan.

Bukit Golan hari ini
Ia adalah pertemuan bersejarah di mana sahabat-sahabat berkumpul kembali selepas beberapa tahun tidak bertemu kerana sibuk berjihad di medan masing-masing. Bagi menghadirkan suasana sama seperti ketika bersama Nabi Muhammad, mereka meminta Bilal Al-Rabah mengumandangkan azan.

Bilal sebenarnya telah berhenti melaungkan azan selepas kewafatan nabi. Atas permintaan Umar, Bilal bersetuju. Namun, beliau tidak dapat menyelesaikan azannya kerana berasa sangat hiba mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w. Bilal dan sahabat-sahabat yang ada menangis mengingatkan Nabi Muhammad dan perjuangannya yang agung lagi suci. Mereka menangis di Bukit Golan.

Lembah Tobari yang subur
Tapi sayang, Bukit Golan pada hari ini adalah milik Israel Laknatullah setelah mereka merampasnya dari Syria pada tahun 1967. Walaupun Bukit Golan adalah bukit yang tandus tetapi di situ terdapatnya Tasik Tobari (Sea Of Galilee) yang membekalkan sumber air tawar terbesar. Di lembah tasik yang subur itu, terdapat pula penempatan Yahudi yang sangat maju dan kawasan ini adalah kawasan strategik bagi Israel apabila berlaku peperangan.

Lihatlah, betapa bijaknya Israel Laknatullah menyusun perancangan. Dan kita melihat betapa segala tindak-tanduk Israel ini telah dipersetujui oleh seluruh dunia. Tetapi harus diingat bahawa Allah s.w.t adalah sebijak-bijak perancang dan Israel akan tetap terhapus di muka bumi ini..itu janji Allah..

3 comments :

  1. israel memang bijak...walaupun die rampas bukit golan, tapi satu hari nanti insyaallah....allah akan jatuhkan israel jugak....

    mari sama2 doakan rakyat palestine

    "seulas pandangan dari : Blog Rasmi
    !Datiles Dulces! HafRizah....
    terima kasih =) "


    BalasPadam
  2. stuju ngan hafrizah ni...doakan moga israel jatuh~amin

    BalasPadam